Salah satu bank yang mempunyai banyak peminat adalah bank BSN. Bank BSN sentiasa memberikan urus niaga yang mudah untuk pelanggannya.
Selain digunakan untuk menjalankan transaksi kemasukan, pengeluaran dan pemindahan wang, BSN online juga biasa digunakan untuk tujuan pembelian pin Unik UPU.
Apakah myBSN?
MyBSN merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Kita juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan BSN online melalui internet seperti:
- Pertanyaan Baki
- Pemindahan Dana
- Pembayaran Bil
- Pembayaran Kad Kredit
- Pembelian SSP
- Pembelian Pin
- dan banyak lagi.
Sebelum dapat menggunakan perkhidmatan MyBSN, Anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang myBSN serta langkah pendaftaran yang lengkap dan mudah.
Informasi lain :
Syarat & Terma Daftar BSN Online
Sebelum mula daftar BSN online, pastikan anda sudah mempunyai syarat berikut:
- Mempunyai Debit/Credit Card Number
- Mempunyai Debit/Credit Card Number PIN (Debit Card Only)
- Nombor telefon Anda sudah terdaftar di bank BSN
Sekiranya Anda telah mempunyai syarat yang dinyatakan diatas, sila lanjutkan langkah mendaftar myBSN dibawah:
Cara Daftar BSN Online Bahasa Melayu
- Sila layari laman web MyBSN online banking.
- Klik Register/Demo
- Baca Terms & Conditions, pilih Accept dan tekan butang Next
- Sila masukkan nombor Debit / Credit Card, CVV2 dan Expiry Date kad.
- Masukkan IC Number atau Passport Number atau Military No.
- Cipta ID Pengguna dan Password yang Anda inginkan.
- Kod OTP akan dihantar ke nombor telefon Anda melalui SMS. Sila masukkan kod tersebut untuk meneruskan pendaftaran.
- Sila pilih Online Image yang Anda mahu.
- Pendaftaran berjaya.
Baca Juga : Semak Baki Akaun BSN melalui Online | Mudah & Berjaya
Catatan :
Perlu diketahui bahawa jika Anda mendapat mesej Unable to process your request.
Perkara tersebut terjadi kerana sebelumnya Anda pernah mencuba mendaftar BSN online tapi tidak berjaya.
Anda dapat menyelesaikan masalah dengan menghubungi 1 300 88 1900.
Hal ini sering terjadi pada masa yang lalu, contohnya pada masa ketika daftar bsn online 2020 atau pada masa cara daftar bsn online 2021.
Dan sekiranya Anda tidak mendapatkan kod OTP semasa proses pendaftaran, boleh jadi kerana nombor telefon Anda belum terdaftar.
Sila pergi ke cawangan bank BSN terdekat untuk kemaskini nombor telefon bimbit lama Anda dengan yang baru.
Cara Login BSN Online
Setelah Anda mempunyai akaun myBSN otomatis anda juga mempunyai mobile banking BSN, sila cuba login bsn online banking untuk mencuba pelbagai perkhidmatan.
- Masukkan Username dan Password klik Login
- Sekarang Anda berjaya log masuk ke system myBSN
Faedah myBSN
Berikut adalah senarai faedah yang akan Anda dapatkan pada myBSN online banking.
- Semak baki akaun BSN, bayar bil, transfer duit, print bank statement BSN dan banyak lagi mengikut kehendak Anda sendiri.
- Tidak perlu lagi beratur di bank.
- Urus niaga dalam talian yang selamat.
Soalan Lazim myBSN
Sebarang pertanyaan dan soalan lazim yang anda ingin tahu berkenaan dengan myBSN, anda boleh rujuk FAQ di bawah :
1. Bilakah boleh mula menggunakan perkidmatan ini?
Selepas mendaftar MyBSN secara online dan berjaya mendaftar, anda boleh mula menggunakannya.
2. Bolehkah daftar nombor telefon bimbit luar negara?
Pada masa ini, BSN tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.
3. Adakah dikenakan bayaran menggunakan MyBSN?
Tiada sebarang pembayaran dikenakan
4. Saya lupa butiran log masuk iaitu username akaun bsn online banking?
Anda boleh terus menghubungi hotline mereka di nombor 1300 88 1900
5. Tidak berjaya login masuk mybsn online banking kerana terlupa password?
Pilih pilihan ‘Forgot Password’ dan masuk butiran nombor kad atm anda dan PIN kad atm anda. SELESAI!
Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan daftar BSN online, layari info penuh di https://www.mybsn.com.my/, semoga berfaedah.
Originally posted 2022-04-17 07:58:49.