Sekarang ini terdapat beberapa syarikat yang menawarkan kemudahan seperti meminjam wang/membeli barangan elektronik, kereta dan motosikal, salah satunya adalah AEON Credit.
AEON Credit menawarkan kemudahan kepada pelanggannya dengan membenarkan mereka membayar pinjaman/barang secara ansuran. Anda dikehendaki membayar ansuran bulanan seperti yang dipersetujui.
AEON merupakan pembiayaan Islam yang terkenal di Malaysia yang digunakan secara meluas. AEON juga memudahkan pembayaran balik ansuran/kredit melalui ATM Banking/CDM/Kaunter dan lain-lain. Anda juga kini boleh membayar balik hanya di rumah sahaja iaitu secara online. Di sini kami kongsikan cara mudah membayar AEON melalui RHB Bank.
Cara Bayar AEON Credit Melalui RHB Bank
Ikuti langkah-langkah cara bayar AEON Credit melalui RHB Bank:
- Lawati pautan rasmi RHB Bank https://logon.rhb.com.my
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Next, Get Secret Word.
- Sahkan Secret Word Anda.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik BillPay.
- Kemudian, klik Other Biller => Open Payment.
- Pilih AEON untuk meneruskan pembayaran.
- Seterusnya, masukkan Nombor Perjanjian Pembayaran.
- Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
- Klik Preview.
- Masukkan Kod OTP yang akan dihantar ke handphone Anda.
- Klik Submit.
- Maklumat transaksi Anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Selain bayar melalui RHB Bank, Anda boleh bayar AEON credit melalui CIMB clicks.
Baca Juga : Cara Topup NJOI Astro : Melalui √ Maybank2u, √ CIMBClicks √ Onlin
Caj Pembayaran Lewat AEON Credit
Jika pelanggan gagal membuat sebarang ansuran bulanan atau membayar sebarang amaun lain yang perlu dibayar apabila perlu dibayar atau Harga Jualan Tertunda tertunggak sepenuhnya jika diminta,
Pelanggan hendaklah membayar Caj Pembayaran Lewat (LPC) kepada AEON Credit berdasarkan prinsip Syariah Ta’widh (pampasan) dikira pada kadar LPC sebanyak satu peratus (1%) setahun ke atas bayaran tertunggak, dari tarikh tertunggak sehingga tarikh pembayaran penuh semasa Tempoh atau sehingga tarikh penghakiman (yang mana lebih awal)
Baca Juga : [Update] Cara Bayar redONE Guna CIMB Clicks Terbaru!
LPC hendaklah dikira berdasarkan kadar LPS seperti:
LPC = ansuran bulanan tertunggak (atau Harga Jualan Tertunda tertunggak) X kadar LPC/365 hari X bilangan hari tertunggak.
LPC tidak ada dikompaun. Hak untuk LPC tidak akan menjejaskan mana-mana hak lain AEON Credit yang tersedia di bawah terma kemudahan.
Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi di 03-2719-9999
Originally posted 2022-01-08 06:51:44.