redONE merupakan salah satu pembekal di Malaysia yang mempunyai rangkaian yang luas dan memberikan perkhidmatan kepada ramai orang agar mereka masih boleh berkomunikasi melalui telefon, sms, dan internet.
Penyedia RedONE mempunyai 2 jenis pelan yang boleh digunakan pada telefon pelanggan iaitu prabayar (prepaid) dan pascabayar (postpaid) dengan pelbagai program menarik untuk memanjakan pengguna.
Jika anda pelanggan simkad redONE dan ingin membayar bil redONE untuk CIMB Clicks, berikut adalah langkah-langkah bagaimana untuk membayar redONE untuk CIMB Clicks.
Cara Bayar redONE Online
Pembayaran bil RedONE sangat mudah, pantas dan di mana-mana sahaja. Ianya semudah ABC. Di bawah saya sediakan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran bil bulanan redONE anda.
1. Lawati pautan rasmi RedOne https://login.redone.com.my/selfcare
2. Masukkan redOne Number Anda.
3. Masukkan Kata Laluan Anda.
4. Masukkan Kod Captcha.
5. Klik Log Masuk.
6. Seterusnya, klik Muat Turun & Bayar Bil
7. Klik Bayar Sekarang.
8. Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
9. Klik Teruskan.
10. Pilih Jenis Pembayaran Anda, klik Perbankan Dalam Talian
11. Klik FPX.
12. Klik Teruskan.
13. Kemudian, pilih Bank Pilihan Anda klik CIMB Clicks
14. Klik Setuju dan Teruskan.
15. Seterusnya, Anda akan diarahkan untuk log masuk ke akaun CIMB Anda.
16. Pilih akaun yang anda akan buat bayaran.
17. Masukkan Nombor TAC yang dihantar melalui nombor telefon bimbit Anda
18. Klik Hantar.
19. Klik Sahkan.
20. Paparan transaksi anda akan tertera.
21. Selesai.
Bace Juge : CIMB Clicks: Cara Buka Akaun, Daftar & Aktifkan Online
Cara Bayar redONE Melalui CIMB Clicks
Ikuti langkah-langkah bagaimana untuk membayar redONE melalui CIMB Clicks:
1. Masukkan ID Pengguna anda.
2. Klik Log Masuk.
3. Sahkan SecureWord anda.
4. Masukkan kata laluan anda.
5. Klik Log Masuk.
6. Di bawah Bayar & Pindahan, pilih Bayar Bil.
7. Pada Kepada, pilih Nama yang ingin anda hantar
8. Masukkan Nombor Pembayaran Anda.
9. Pada Daripada, pilih Akaun Anda.
10. Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
11. Klik Buat Pembayaran.
12. Semak maklumat transaksi anda.
13. Klik Sahkan.
14. Selesai.
Kongsi info ini kepada pengguna redONE yang lain. Kekal tenang. Jaga jarak dan jaga kebersihan diri setiap masa.
Semoga bumi π²πΎ kita diselamatkan daripada ancaman COVID19. Insya Allah. Amiin..
Originally posted 2021-12-19 10:04:30.