Cara Pasang Tinted Rumah | Tips Hemat & Mudah!

Admin Radarpena

Ada yang tertanya apa fungsi dan cara untuk pasang cermin tinted rumah ini sebenarnya?

Untuk makluman anda, tinted cermin rumah merupakan sejenis plastic yang ditampal pada bahagian cermin rumah dan ianya boleh menghalang haba untuk memasuki ke dalam ruang tamu rumah serta privasi keluarga anda lebih terjaga dengan adanya tinted cermin rumah ini.

Namun, untuk upah kos memasang tinted ini sangatlah mahal iaitu sekitar RM800 sehingga RM1000 jugak. Wow boleh tahan mahal juga yer nak pasang cermin tinted ni.

Jadi apa kata sekiranya anda buat sendiri je memasang tinted cermin ini.

Sekurang kurangnya anda dapat berjimat lebih lagi daripada upah orang luar yang harganya boleh mencecah RM1000.

Sebagai contoh, anda boleh mencuba cara pasang tinted cermin rumah daripada Saudara Zulfikri Zainol ini.

Sudah pasti anda akan berpuas hati dengan hasil yang anda buat sendiri. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau

Kebaikan Pemasangan Tinted Cermin Tingkap Rumah

  1. Keselamatan penghuni rumah lebih terjamin kerana mereka tidak dapat diintai dari luar rumah. Bagi yang muslim, lebih-lebih lagi wanita, ini sangat Penting! Mahukah anda dilihat dari luar rumah? Mahukah?
  2. Air-Cond dan kipas lebih cepat menyejukkan ruang dalam rumah/bilik kerana tiada bahang yang terkumpul di dalam rumah/bilik, seterusnya menjimatkan penggunaan elektrik air-cond
  3. Langsir, perabut, lantai dan sofa tidak pudar warna dan struktur fizikal kerana haba terik matahari telah ditapis oleh film Tinted
  4. Cermin tidak mudah pecah kerana dengan adanya Tinted, cermin akan jadi lebih kukuh dan selamat dari hentakan yg minima
  5. Rumah dan kediaman akan menjadi lebih menarik dan nampak eksklusif.

Jom Baca : Cara Pasang RFID di Cermin Kereta | Terkini


Cara Pasang Tinted Tingkap Rumah

  1. Langkah pertama korang kenalah bersihkan dahulu permukaan tingkap atau cermin yang nak pasang tinted tu.
  2. Basahkan dengan spray botol permukaan tingkap atau kaca secukupnya dengan air.
  3. Tarik lapisan plastik pada gulungan electrostatic film roll sebelum melekatkannya.Korang tengoh ada ‘gap’ pada hujung roll tu tarik lapisan plastik di bahagian bawah.
  4. Bawa ke tingkap yang basah dan lekapkan kemas-kemas. 
  5. Guna kan glass scrapper dan tarik kemas ke bawah sehingga tidak ada ruang udara atau bubble air pada permukaan tinted.
  6. Buat sehingga kemas dan dah siap. Ia akan kekal melekat sendiri pada permukaan cermin tingkap.
  7. Dah Siap!

Jom Baca : Saiz Tingkap Rumah Minimalist yang Ideal


Kos Pasang Tinted Rumah Sendiri

Sticker tinted 5ft x 50ft – RM210 – boleh beli di Shopee. Siap dapat kit pemasangan.
Jimat lebih kurang RM800.


Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda di luar sana.

Selamat mencuba.

Baca Pula

Tags

Leave a Comment