Apa nak buat bila kad bank hilang?
Situasi kad bank hilang merupakan satu mimpi ngeri yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa.
Perkara ini boleh berlaku mungkin disebabkan kecuaian anda sendiri atau kad bank anda telah dicuri oleh seseorang.
Kehilangan kad bank boleh menjadi sesuatu yang sangat membahayakan kerana simpanan dalam bank anda boleh lesap dalam sekelip mata.
Berikut, kami akan berkongsikan empat langkah penting yang anda perlu lakukan sekiranya anda kad bank atau kad ATM hilang.
Apa Itu Kad Bank ?
Tanpa masuk ke segi kewangan, ia boleh dikatakan agak mudah β ini adalah kunci kepada akaun bank dengan mana anda boleh melakukan operasi yang dinyatakan dalam kontrak (menarik balik dan mendepositkan dana, membayar bil, dll.).
Perlu diperhatikan bahawa ramai orang berfikir bahawa sekeping plastik ini adalah milik orang yang memiliki akaun tersebut.
Ini adalah kesilapan, kerana pemilik sebenar kad plastik adalah bank penerbitnya. Orang yang menjadi pemilik akaun kad hanya pemegang kad.
Baca Juga : 8 Cara Dapatkan Penyata Bank / Statement Bank Semua Bank Malaysia
5 Langkah Selamatkan Kad Bank Hilang
Dalam situasi begini, anda dinasihatkan untuk tidak panik tetapi anda perlu bertindak dengan pantas.
Apabila kad bank hilang, apa perlu anda buat? Berikut adalah lima langkah yang anda ambil sekiranya anda tidak menemui kad bank anda:
1. Cari / Double Check
Kadang-kadang boleh jadi kad terselit di celah-celah dompet kita atau tercicir di sekitar rumah.
Tapi jangan cari berhari-hari okay. BAHAYA!
Terus ke langkah seterusnya kalau memang tak jumpa. Kalau diragut, tak perlu cari dah, kita boleh terus ke langkah seterusnya.
2. Hubungi Bank dengan Kadar Segera
Perkara kedua yang perlu dilakukan adalah menghubungi bank anda sebaik sahaja anda menyedari kad bank anda telah hilang.
Walaupun anda mungkin tidak pasti sama ada kad bank anda hilang kerana dicuri atau tercicir di mana-mana, menghubungi pihak bank merupakan perkara yang paling mustahak yang perlu anda lakukan.
Oleh sebab itu, anda perlu melaporkan kehilangan kad bank anda kepada pihak bank untuk tindakan selanjutnya.
Baca Juga : Cara Semak Baki Akaun Affin Bank Online AffinOnline Terkini
Berikut Nombor Telefon Bank untuk Melaporkan Kad Bank/Kad ATM Hilang
Secara asasnya, jika kad bank BSN atau kad Bank Islam hilang anda perlu menghubungi bank terbabit untuk membekukan fungsi kad anda buat sementara.
Berikut merupakan nombor telefon pusat khidmat pelanggan untuk rujukan anda:
Bank | Nombor Telefon |
Maybank | 1300-88-6688 |
CIMB Bank | 03-6204 7788 |
RHB Bank | 03-92068118 |
BSN | 1300-88-1900 |
Public Bank | 03-2179 5000 |
Bank Rakyat | 03-2692 4600 |
Bank Islam | 03-26 900 900 |
3. Periksa Akaun Bank Anda
Anda perlu log masuk ke dalam akaun bank online anda untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.
Kebanyakan bank di Malaysia kini menyediakan aplikasi yang membolehkan anda akses akaun anda secara online seperti Bank Islam Online, Bank Rakyat Online,
RHB Bank Online dan banyak lagi. Jika terdapat sebarang transaksi baharu yang mencurigakan, rekodkan semua maklumat yang berkaitan seperti jumlah transaksi, masa dan tarikh.
CARA DAFTAR AKAUN BANK LAIN :
- Cara Daftar Affin Bank
- Cara Daftar Bank Islam
- Cara Daftar Online Banking BSN
- Cara Daftar CIMB Clicks
- Cara Buat & Aktivkan Online Banking RHB
- Cara Daftar Bank Rakyat Online
4. Membuat Laporan Polis
Sekiranya anda diragut atau dirompak, anda perlu membuat laporan dengan serta-merta di balai polis yang berdekatan.
Sesetengah bank memerlukan salinan laporan polis sebagai salah satu dokumen sokongan sekiranya anda melaporkan kad bank anda hilang kerana dicuri.
Meskipun ada sesetengah bank tidak memerlukan laporan polis bagi proses penggantian kad baharu, anda tetap disarankan untuk melaporkan insiden ini bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan terhadap kejadian rompak atau ragut yang menimpa anda.
Selain itu, anda disarankan untuk sediakan beberapa salinan laporan polis yang anda buat. Anda boleh menggunakan salinan laporan polis yang sama untuk membuat laporan kehilangan kad-kad lain yang anda ada.
5. Menggantikan Kad Bank
Sebaik sahaja anda telah menyahaktifkan kad bank anda yang hilang, anda perlu hadir ke cawangan bank terdekat dan isikan borang yang diperlukan.
Selain itu, anda juga disarankan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang mungkin diperlukan oleh bank untuk pembaharuan kad bank anda seperti laporan polis, salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran.
Maklumkan kepada pegawai bank yang bertugas di kaunter bahawa kad bank hilang dan anda mahu menggantikannya dengan yang baharu.
Anda mungkin perlu menyediakan tunai di tangan kerana ada sesetengah bank mengenakan caj untuk tujuan penggantian kad baharu.
Baca Juga : Cara Mudah Transfer Duit Menggunakan MyBsn Ke Akaun Lain
Cara Buat Kad Baru Semua Bank
Cara buat kad berikut, dapat dilakukan ke semua bank di malaysia, baik itu Maybank, Cimb Bank, Public Bank, BSN, Bank Islam, Bank Rakyat, ataupun Agro Bank.
- Pergi cawangan bank sesuai kad yang hilang.=
- Ambil nombor giliran. Pastikan Anda mengambil nombor giliran perkhidmatan pelanggan, bukan perkhidmatan Teller.
- Selepas nama Anda dipanggil oleh perkhidmatan pelanggan, beritahu perkhidmatan pelanggan bahawa Anda ingin buat kad ATM baru kerana kad ATM lama Anda telah hilang.
- Anda akan diminta sejumlah wang untuk biaya gantian kad ATM baru. Caj pembuatan kad baru RM12.00 dan duti setem.
- Proses terakhir adalah pembuatan PIN kad bank
- Kad baharu akan diberikan kepada anda anda.
Originally posted 2022-04-28 05:09:09.