Nombor akaun Public Bank biasanya terdiri daripada no unik dan tidak mudah untuk di ingat.
Setiap pelanggan Public Bank pastilah mempunyai no akaun sebagai identiti akaun, no akaun tersebut digunakan untuk menerima transfer wang atau transaksi lainnya.
Lalu bagaimana nak tahu nombor akaun bank, jika saya lupa no akaun Public Bank saya? Sila ikuti panduan cara dapatkan nombor akaun Publik Bank secara online dan offline.
Check No Akaun Public Bank Melalui Buku Bank
Check No Akaun Public Bank Melalui Buku Bank mudah sangat, Sila buka buku simpanan Anda, pada halaman pertama di bahagian atas Anda akan menemukan no akaun Public Bank milik Anda.
Check No Akaun Public Bank Melalui ATM
Jika Anda mempunyai kad ATM/Debit/Credit. sila pergi ke mesin ATM Public Bank terdekat, selepas itu sila ikuti langkah-langkah di bawah:
- Masukkan kad ATM/Debit Public Bank dan PIN
- Pilih menu Balance Inquiry.
- Maklumat no akaun Public Bank Anda akan terpapar dengan jelas.
Semak No Akaun Public Bank Melalui Online Banking
Cara semak no akaun public bank guna online banking bisa dengan melalui laman web PbeBank, selepas itu ikuti langkah langkah berikut ini.
- Masukkan User ID dan Password.
- Pilih menu My Accounts.
- Maklumat no akaun Public Bank Anda akan nampak.
Check No Akaun Public Bank Melalui PBE App
Sekiranya Anda mempunyai aplikasi PB engage MY di smartphone Anda, sila cuba langkah-langkah dibawah:
- Buka aplikasi PB engage MY.
- Masukkan User ID dan Password.
- Sila lihat menu Account.
- Maklumat no akaun Public Bank boleh Anda dapatkan kat situ.
Check No Akaun Public Bank Melalui Cawangan Bank
Saya tidak mempunyai kad ATM dan buku bank dah hilang, macam mana?
Sila pergi ke cawangan Public Bank berdekatan untuk membuat buku bank baru, jangan lupa untuk membawa kad pengenalan dan kad ATM Anda.
Itulah cara dapatkan nombor akaun Public Bank sekiranya Anda terlupa no akaun Public Bank. Semoga Bermanfaat.
Originally posted 2022-05-27 08:42:31.