Cara Dapatkan Bank Statement BSN Penyata Kewangan Online

Murshid Khalysha

Penyata Kewangan BSN merupakan maklumat atau rekod transaksi yang berlaku. Data yang dilampirkan pada penyata bank bercetak adalah penerangan terperinci mengenai aliran debit dan kredit, termasuk dari pemindahan duit masuk atau keluar.

Dan berikut maklumat perihal cara dapatkan penyata akaun (Bank Statement) BSN melalui myBSN secara online.

Cara Mendaftar e-Penyata BSN

Semua Ahli kad kredit/-i Utama BSN boleh mendaftar untuk e-Penyata. Ahli Kad digalakkan untuk mendaftar supaya mengelakkan penyata Anda menerusi mel diterima lewat atau hilang.

Faedah Penyata Bank BSN Online

Perkhidmatan ini adalah percuma, jadi kami syorkan Anda untuk guna cara dibawah:

  1. Log masuk https://www.mybsn.com.my
  2. Klik Account Overview
  3. Klik E-Statement
  4. Klik Nama Account
  5. Pilih Statement Period yang Anda mahu
  6. Klik Download

Tidak mempunyai akaun myBSN online? Sila mendaftar dahulu, baca panduan cara daftar akaun MyBSN online

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Online

Sila daftar BSN internet banking terlebih dahulu, jika Anda tidak mempunyai akaun myBSN. Jika sudah mempunyai akaun myBSN boleh ikuti langkah-langkah cara dapatkan penyata bank BSN melalui online di bawah ini:

  • Log masuk https://www.mybsn.com.my
  • Pilih menu Statement Request
  • From Account: Pilih akaun yang dimahukan
  • From: Pilih Tarikh Awal dan Akhir
  • Klik Submit
  • Statement Request Confirmation, klik Submit
  • Klik Print

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Melalui Email

Cara dapatkan penyata bank BSN melalui Email. Tetapi, pastikan terlebih dahulu bahawa Anda telah mendaftar perkhidmatan email ini, jika belum berdaftar sila ikuti langkah-langkah ini:

Taip: STMT<jarak>NO KP<jarak>Alamat Email hantar ke 66330

Contoh bank statement bsn : STMT 768543567890 [email protected]

Jika Anda sudah mendaftar, Anda akan menerima pengesahan SMS dari BSN. Pertanyaan Anda akan bermula dari kitaran pertanyaan seterusnya. Setiap bulan, penyata kad kredit/-i Anda akan dihantar terus ke email yang berdaftar.


Artikel BSN Lain :

  1. Cara Mudah Transfer Duit Menggunakan MyBsn Ke Akaun Lain
  2. Cara Daftar Online Banking BSN (MyBSN
  3. Semak Baki Akaun BSN 

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Melalui ATM

  1. Pergi ke mesin ATM BSN yang berhampiran.
  2. Masukkan kad ATM Anda ke slot yang disediakan.
  3. Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  4. Masukkan PIN ATM akaun Anda.
  5. Klik YA.
  6. Kemudian, klik Penukaran PIN/Urusan Lain.
  7. Klik Penyata Mini.
  8. Setiap penyata mini akan dikenakan Caj RM0.50, klik Ya untuk meneruskan.
  9. Ambil penyata mini Anda.
  10. Tahniah, Anda dapatkan penyata Bank BSN Melalui ATM.

Itulah pelbagai cara print bank statement BSN yang dapat Anda gunakan. Semoga perkongsian diatas dapat bermanfaat untuk Anda.

Baca Pula

Tags

Leave a Comment