Bagi anda pengguna Bank Simpanan Nasional (BSN), anda mesti akan perasan bahawa tidak ada butang BSN Instant Transfer. Pelik bukan?
Bertenang. Sebenarnya memang ada cara untuk buat pindahan wang tanpa yang boleh diterima sekelip mata menggunakan DuitNow.
Apa Itu Duitnow ?
DuitNow adalah perkhidmatan baharu yang membolehkan pelanggan bank yang mengambil bahagian untuk mengirim dan menerima wang dengan serta-merta dari satu akaun ke akaun lain, dalam bank yang sama atau ke bank lain dengan hanya menggunakan ID DuitNow mereka.
Bezanya dengan pindahan wang biasa menggunakan GIRO ialah anda tidak memerlukan nombor akaun bank penerima untuk melakukan pemindahan.
Informasi lain :
Sebaliknya, anda hanya memerlukan ID DuitNow penerima untuk melakukan pemindahan.
Ini bermakna, anda boleh buat Instant Transfer dari BSN ke bank-bank lain seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain hanya menggunakan:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Telefon
- Nombor Passport
- Nombor Pendaftaran Perniagaan
- Nombor Akaun
Baca Juga : Cara Daftar Online Banking BSN (MyBSN) Terkini 2022
Cara Daftar Duitnow BSN
Pendaftaran ID DuitNow melalui Perbankan Internet myBSN:
- Log masuk ke myBSN.
- Pilih Manage Account ➡ DuitNow Settings ➡ DuitNow ID Type ➡ Klik Register.
- Pilih Receiving Account daripada senarai.
- Masukkan One-Time Password (OTP) untuk pengesahan.
- Status ID DuitNow anda akan dipaparkan.
Itulah cara BSN Online Transfer Register guna aplikasi Duitnow.
Setelah melakukan pendaftaran di Duitnow, selanjutnya korang perlu pindahkan wang melalui duitnow.
- Log masuk ke myBSN.
- Pilih Transfer ➡ Interbank Fund Transfer ➡ DuitNow.
- Pilih from Account, enter DuitNow ID, amount, Recipient Reference & Other Additional info.
- Sahkan maklumat penerima dan masukkan One-Time Password (OTP) untuk pengesahan.
- Status pemindahan DuitNow anda akan dipaparkan.
Baca Juga : Semak Baki Akaun BSN melalui Online | Mudah & Berjaya 2022
Cara Instant Transfer BSN guna ATM
Lawati ATM BSN berdekatan dan pastikan lokasi selamat serta ada pengawal keselamatan.
- Masukkan kad ATM
- Pilih bahasa sila pilih Malaysia sahaja
- Masukan nombor PIN
- Pilih menu Pindahan
- Pilih menu Pindahan IBG > Pindahan Wang IBG
- Tekan untuk teruskan
- Masukan jumlah wang yang ingin di hantar
- Pilih bank penerima bisa (Cimb Bank, Citibank, Maybank, Ocbc Bank, Hsbc, Kuwait Finance atau apabila tak ada sila pilih Lain Lain)
- Masukan nombor akaun penerima wang
- Masukan nombor rujukan apa sahaja
- Tekan ya, jika maklumat penerima betul
- Selesai
Itulah panduan cara guna duitnow bsn terkini, mudah je kan.
Sebetulnya membuat urus niaga pemindahan wang melalui ATM dan internet banking adalah mudah, selagi Anda tahu caranya. Semoga bermanfaat.
Originally posted 2022-04-17 08:57:10.