Cara Daftar Affin Bank Online AffinOnline Login [Terkini]

Murshid Khalysha

Perbankan internet semakin berkembang pada masa kini, seperti AffinOnline

AffinOnline merupakan perbankan internet yang disediakan oleh Affin Bank. Affinonline memberikan kemudahan perbankan internet yang direka bagi memenuhi keperluan perniagaan dan korporat.

AffinOnline membolehkan Anda mengakses maklumat akaun perniagaan Anda dan melakukan transaksi perbankan yang selamat di mana sahaja

Beberapa kemudahan yang boleh Anda nikmati menggunakan internet banking ialah semak baki akaun, print statement, transfer duit, melihat kadar tukaran asing, dan melakukan pelbagai pembayaran.

Berikut kami kongsikan cara login Affin Bank agar Anda dapat menggunakan perkhidmatan Affin Bank.

Cara Daftar Affin Online Bank

Cara register internet banking Affin bank online cukup mudah dan boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu melalui kemudahan ATM dan melalui perkhidmatan pelanggan bank affin di cawangan terdekat.

Berikut adalah tutorial daftar affin bank internet banking yang boleh Anda lakukan dengan cepat.

Cara Daftar Affin Bank Online Melalui ATM

Cara pertama mendaftar untuk online banking adalah dengan menggunakan mesin ATM. Apabila Anda ingin mendaftarkan akaun, jangan lupa membawa kad ATM.

Berikut ialah cara mendaftar perbankan internet Affin Bank melalui mesin ATM.

  1. Pergi ke ATM Bank Affin terdekat
  2. Masukkan kad ATM Bank Affin
  3. Masukkan PIN
  4. Pilih transaksi lainnya/other
  5. Pilih daftar E-perbankan
  6. Pilih Perbankan Internet
  7. Tekan Agree
  8. Masukkan user name yang mahu menjadi akun internet banking Anda
  9. Masukkan password
  10. Selesai

Itulah cara registration affin bank guna ATM.

Baca Juga : Cara Mudah Transfer Duit Menggunakan MyBsn Ke Akaun Lain

Cara Daftar Affin Bank Online Melalui Customer Service

Sekiranya Anda merasakan cara pertama agak sukar maka Anda boleh segera pergi ke cawangan terdekat untuk mendaftar untuk perbankan internet.

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu Anda lakukan.

  1. Datang ke cawangan terdekat Affin Bank
  2. Ambil nombor baris gilir
  3. Tunggu beratur di bahagian customer service
  4. Terangkan maksud Anda untuk proses membuat perbankan internet dengan membawa buku simpanan, kad ATM dan identiti
  5. Tunggu sehingga perkhidmatan pelanggan telah selesai membuat akaun perbankan internet Anda.

Artikel lain Soal Bank :

  1. Cara Daftar dan Menggunakan Bank Islam Online
  2. Cara Daftar Online Banking BSN (MyBSN) 
  3. Cara Buka Akaun, Daftar CIMB Clicks

Cara Aktifkan Internet Banking Affin Bank

Selepas Anda membuat pendaftaran di ATM atau customer service, sekarang Anda perlu mengaktifkan internet banking Affin Bank Anda. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka perbankan internet Affin Bank
  2. Klik First Time Login
  3. Masukkan Access Card No dan PIN yang telah Anda buat di mesin ATM atau customer service
  4. Tekan Activate.

Jika sudah, sekarang Anda boleh segera menggunakan perkhidmatan internet banking seperti cek baki akaun affin bank, bayar bil, topup kredit dan lain-lain.

Jom Baca : Cara Dapatkan Bank Statement BSN Penyata Kewangan Online

Cara Login Affin Bank Online

Setelah anda daftar dan aktivkan Ibanking Affing Bank, sila lakukan affin bank online login.

Berikut cara login affin bank online atau login online banking affin bank :

  1. Lawati pautan rasmi https://rib.affinonline.com
  2. Masukkan Username Anda pada ruangan yang disediakan.
  3. Klik Login.
  4. Tick checkbox jika itu Secure Word and Image Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Anda berjaya login, kini Anda dapat melakukan pelbagai transaksi.
  8. Selesai.

Sekarang cuba semak baki akaun Affin Bank untuk melihat baki akaun terkini.

Itulah panduan cara untuk mendaftarkan perbankan internet Affin Bank yang boleh Anda lakukan.

Sila gunakan perbankan internet yang sudah Anda miliki untuk membuat pelbagai aktiviti transaksi secara online pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Originally posted 2022-04-19 04:16:15.

Baca Pula

Tags

Leave a Comment