Tahukah anda dengan hanya menyimpan duit di dalam bank anda berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul bernilai sehingga RM30 Juta?
Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan sebuah skim simpanan yang dikenali sebagai Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) sejak tahun 1978.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan pemenang cabutan istimewa BSN SSP Cabutan tahun 2022 untuk semua pelanggan Bank Simpanan Nasional.
Sijil Simpanan Premium BSN (SSP)
Di bawah adalah informasi berkaitan untuk rujukan semua.
Apa Itu Sijil Simpanan Premium BSN?
Untuk makluman, ianya adalah satu produk BSN yang berasaskan konsep mudharabah dan patuh syariah. Simpanan anda juga dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah dikecualikan dari cukai pendapatan.
Syarat-Syarat Untuk Menyertai
Berikut adalah syarat yang ditetapkan oleh Bank Simpanan Nasional untuk menyertai Sijil Simpanan Premium yang ditawarkan oleh mereka:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
- Berumur 12 tahun dan ke atas
- Simpanan minimum RM10 (1 Unit) serta tiada had maksimum
Jika anda ingin meneliti terma dan syarat yang lebih lanjut, buka pautan di bawah:
Cara Menyimpan BSN Sijil
Terdapat banyak cara orang ramai boleh menyimpan dengan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP). Anda hanya perlu memilih cara yang paling sesuai dengan gaya hidup anda!
1. Cara Menyimpan Melalui Perbankan SMS
- Daftar di mana-mana cawangan BSN
- Taip “SSP<jarak>mpin<jarak>amaun”
- Contoh: SSP 123456 100 dan hantarkan ke 36898
- Balas “CONFIRM 7212” untuk pengesahan atau “CANCEL 5740″ untuk pembatalan
2. Cara Menyimpan Melalui Mesin ATM
- Masukkan kad ATM/Debit BSN.
- Pilih bahasa.
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih “Simpanan sijil simpanan premium’.
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Baca Juga : Cara Dapatkan Bank Statement BSN Penyata Kewangan Online
3. Cara Menyimpan Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM/Debit BSN)
- Masukkan kad ATM/Debit BSN.
- Pilih bahasa.
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih *’Simpanan sijil simpanan premium’.
- Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai)
- Depositkan wang dalam gandaaan RM10
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
4. Cara Menyimpan Melalui Mesin Deposit Tunai
- Pilih bahasa.
- Pilih “Simpanan sijil simpanan premium’.
- Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
- Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
5. Cara Menyimpan Melalui Perbankan Internet myBSN
- Kunci masuk ke Laman Web BSN di www.mybsn.com.my
- Pilih “Simpanan BSN eSSP’.
- Pilih nombor akaun’ daripada senarai.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.
6. Cara Menyimpan Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)
- Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada)
kepada EB BSN. - EB BSN akan proses simpanan sijil simpanan premium di terminal POS.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi .
- Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.
Manual pengguna untuk kaedah-kaedah di atas boleh lakukan bsn ssp semak baki pada pautan berikut:
Semakan Tarikh Cabutan SSP BSN 2022
Kalendar dan Tarikh cabutan sijil simpanan premium dan check result lucky draw ssp bsn ini, anda boleh semak pada jadual di bawah ini yang mana akan diumum setiap bulan sepanjang tahun 2022
BULAN | TARIKH CABUTAN |
---|---|
Cabutan Januari 2021 | 14 FEBRUARI 2021 |
Cabutan Februari 2021 | 6 MAC 2021 |
Cabutan Mac 2021 | 3 APRIL 2021 |
Cabutan Bulan April 2021 | 8 MEI 2021 |
Cabutan Bulan Mei 2021 | 5 JUN 2021 |
Tarikh Cabutan Bulan Jun 2021 | 3 JULAI 2021 |
Tarikh Cabutan Bulan 2021 | 7 OGOS 2021 |
Tarikh Cabutan Bulan 2021 | 4 SEPTEMBER 2021 |
Cabutan September 2021 | 2 OKTOBER 2021 |
Tarikh Cabutan Bulan Oktober 2021 | 6 NOVEMBER 2021 |
Tarikh Cabutan Bulan November 2021 | 4 DISEMBER 2021 |
Tarikh Cabutan Bulan Disember 2021 | 8 JANUARI 2022 |
Baca Juga : Cara Mudah Transfer Duit Menggunakan MyBsn Ke Akaun Lain
Catatan :
Semakan result bagi cabutan sijil simpanan premium ssp bank simpanan nasional akan diumum pada hari Sabtu bertempat di Auditorium Wisma BSN Jalan Ampang
Hadiah-hadiah yang anda bakal terima daripada BSN ini akan mendapat pengecualian dan pelepasan cukai pendapatan
Berapa Dividen SSP 2022
Cara kira sijil simpanan premium bsn dividen mudah sahaja, boleh rujuk jadual di bawah ini
PERKARA | KADAR DIVIDEN |
---|---|
Jikalau anda ada baki minimum simpanan RM5 ribu | 0.15 peratus |
Jikalau anda ada baki minimum simpanan RM50 ribu | 0.45 peratus |
Jikalau anda ada baki minimum simpanan RM500 ribu | 0.75 peratus |
Semakan Keputusan Cabutan Simpanan BSN SSP 2022
Untuk melakukan semakan keputusan cabutan yang telah anda sertai, terdapat tiga kaedah yang dikongsikan oleh BSN iaitu:
1) Melalui Portal Rasmi
- Klik Check
- Masukkan No KP & No Sijil
Keputusan pemenang bulanan juga boleh disemak di pautan diatas
2) Melalui Perbankan Internet myBSN
- Log masuk ke dalam Portal Rasmi BSN SSP Online
- Klik pada menu Perbankan Islam dan pilih bahagian Simpanan
- Terdapat paparan Sijil Simpanan Premium, klik pada submenu Semak Keputusan SSP
- Isi nombor kad pengenalan anda atau nombor sijil simpanan premium dan klik Hantar
- Satu paparan akan keluar menunjukkan sama ada anda berjaya atau tidak
Baca Juga : Kad Bank Hilang? 5 Prosedur Kena Buat Supaya Duit Tak Hilang
3) Melalui cawangan atau kaunter BSN
Pelanggan boleh hadirkan diri ke mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional dan semak dengan pegawai yang bertugas.
4) Melalui Facebook BSN
Anda boleh kunjungi ke Facebook Rasmi Bank Simpanan Nasional untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan semakan keputusan cabutan.
TERKINI: Anda boleh menyemak secara terus di laman web Bank Simpanan Nasional pada pautan berikut:
Semak Senarai Nama Pemenang BSN SSPN
Anda boleh lihat dan semak senarai nama pemenang ssp sijil simpanan premium bsn untuk 3 tahun terakhir ini :
TAHUN | PAUTANNYA |
---|---|
2021 | CHECK SINI www.mybsn.com.my bsn ssp results |
2020 | |
2019 | |
2018 |
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan, sila layari atau hubungi:
- Portal Rasmi BSN
- Talian Rasmi BSN : 1 300 88 1900/ +603 2613 1900 (Luar Negara)
Related : menambah simpanan, membawa pulang, kuala lumpur, bernilai RM1 juta, bsn untuk tahun 2020, simpan ssp, perintah kawalan pergerakan pkp
Originally posted 2022-05-15 03:48:00.