Hai Sahabat, pernahkah anda melihat lampu di rumah anda atau di jalanan? Berapa banyak lampu di jalan dan berapa banyak lampu yang ada, bagaimana anda menyalakannya? Adakah satu persatu menghidupkannya atau apa?
Baiklah, mari kita melihatnya.
Apa Itu Litar Elektrik
Litar elektrik ialah lintasan lengkap yang terbentuk daripada dawai-dawai penyambung dan komponen-komponen elektrik yang membenarkan arus elektrik mengalir.
Satu litar elektrik terdiri daripada satu sumber elektrik, komponen-komponen elektrik, dawai-dawai penyambung dan satu suis.
Terdapat dua jenis litar: litar bersiri dan litar selari. Litar selari dan litar bersiri boleh digabungkan untuk membentuk litar campuran.
Litar Bersiri
Litar bersiri adalah Arus elektrik mengalir melalui satu lintasan sahaja.
- Kelebihan : Setiap mentol akan menyala dengan kecerahan yang sama
- Kekurangan : Jika satu mentol terbakar, maka seluruh litar akan terputus
Litar Selari
Litar Selari adalah Arus elektrik mengalir melalui lebih daripada satu lintasan.
- Kelebihan : Setiap mentol dapat dikawal secara berasingan
- Kekurangan : Sel kering cepat menjadi lemah kerana semua mentol dibekalkan dengan voltan yang sama
Catatan :
Dalam litar bersiri, jika satu komponen rosak, keseluruhan litar juga akan rosak. Ini kerana litar bersiri hanya mempunyai satu jalur elektrik, jika ada gangguan maka elektrik tidak dapat mengalir lagi.
Berbeza dengan litar selari yang mempunyai banyak cabang sehingga apabila satu komponen rosak, komponen di jalan lain masih dapat berfungsi.
Originally posted 2022-05-18 09:29:00.