Ringkasan Siri Kereaktifan Logam & Aplikasinnya

Puteri July 28, 2023

Dalam Siri Kereaktifan Logam (SKL), logam-logam disusun mengikut kereaktifan tindak balasnya terhadap  oksigen bagi membentuk oksida logam.

Susunan logam dalam SKL adalah sama seperti dalam Siri Elektrokimia, cuma bezanya SKL mengandungi karbon, C dan hidrogen, H (ditanda dengan warna kuning). 

Fungsi Karbon Dalam SKL

Fungsi karbon dalam SKL adalah bagi menentukan proses pengekstrakan logam. Fungsi hidrogen dalam SKL adalah bagi menentukan kaedah penentuan formula empirik bagi oksida logam.

Kereaktifan logam berkurang apabila menuruni SKL.

Semakin tinggi kedudukan logam dalam SKL, semakin reaktif tindak balas logam tersebut terhadap oksigen.

Table siri kereaktifan logam terhadap oksigen :

LogamTindak balas dengan oksigenKereaktifan logam
K, Na, Ca, MgTerbakar dengan cergas, nyalaan sangat terangSangat reaktif
Al, Zn, Fe, Sn, Pb, CuMenghasilkan nyalaan  Reaktif
Hg, Ag, AuBerbarakurang reaktif

Logam yang lebih reaktif dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam yang kurang reaktif daripadanya.

Jadi, logam yang lebih reaktif menerima oksigen dan mengalami pengoksidaan bagi membentuk oksida logam.

Manakala, oksida logam yang kurang reaktif akan kehilangan oksigen dan mengalami penurunan.


Aplikasi Siri Kereaktifan Logam

1. Penentuan formula empirik oksida logam

 Formula empirik oksida logam ditentukan melalui 2 kaedah:

Kaedah 1: pemanasan logam menggunakan mengkuk pijar bagi membentuk oksida logam

  • Bagi logam-logam yang lebih reaktif daripada hidrogen dalam SKL
  • Contoh: MgO, Al2O3, ZnO

Kaedah 2: penurunan oksida logam menggunakan gas hidrogen kering

  •  Bagi logam-logam yang kurang reaktif daripada hidrogen dalam SKL
  • Contoh: CuO, FeO, PbO  

2. Penentuan kaedah pengekstrakan logam

  • Logam-logam yang lebih reaktif daripada karbon dalam SKL (K, Na, Ca, Mg, Al) diekstrak menggunakan kaedah elektrolisis bijih lebur (elektrolisis leburan) menggunakan elektrod karbon.
  • Logam-logam yang kurang reaktif daripada karbon dalam SKL ( Zn, Fe, Sn, Fe, Pb) diekstrak daripada bijihnya, iaitu oksida logam menggunakan karbon.

    Oksida logam dipanaskan bersama karbon dalam relau bagas.Karbon yang lebih reaktif akan menurunkan oksigen daripada oksida logam.
  • Logam-logam yang sangat kurang reaktif (Cu, Hg) diekstrak dengan cara memanaskan sulfida logam dalam udara
  • Ag dan Au paling kurang reaktif dan wujud sebagai logam bebas dalam kerak bumi.


Ringkasan Kereaktifan Logam

Ringkasan kereaktifan logam dengan air, asid dan oksigen.

Siri Kereaktifan Logam

  1. Satu siri yang menunjukkan susunan kereaktifan logam dengan oksigen.
  2. Logam yang cergas bertindak balas diletakkan di atas siri ini dengan tertib menurun.
  3. Oleh itu kalium adalah logam yang paling reaktif dan emas adalah logam yang paling tidak reaktif.
  4. Siri Kereaktifan logam:

Kedudukan Karbon Dalam Siri Keraktifan Logam

1. Karbon

Merupakan satu unsur bukan logam tetapi ia bertindak balas dengan oksigen berlebihan untuk membentuk karbon dioksida. Oleh itu karbon juga termasuk dalam siri kereaktifan logam.

2. Kedudukan karbon dalam siri keraktifan logam

  1. Bandingkan daya tarikan terhadap oksigen dengan bahan-bahan lain.
  2. Apabila karbon dipanaskan dengan oksida logam X, kereaktifan boleh ditentukan jika:
  • logam X kehilangan oksigen dan api terang atau cahaya yang dilihat, ini menunjukkan bahawa karbon lebih reaktif daripada logam X
  • logam X oksida mengekalkan oksigen dan tiada api atau cahaya yang dilihat, ini menunjukkan bahawa karbon adalah kurang reaktif daripada logam X.

Semoga bermanfaat.

Originally posted 2022-05-17 04:01:00.

Leave a Comment

Artikel Terkait