Kalau dulu-dulu orang bercinta tu memang puitis romantik dan penuh dengan jiwang dan bunga-bunga sampai tangkap leleh lah orang kata.
Tapi kini chatting orang bercinta lebih kepada serius dan straight to the point je mungkin sibuk dan kurang kesempatan menjadikan semuanya right on time je.
Tak salah sesekali kita nak puitis romantik dan berikan kata-kata manis buat orang yang kita mesej yang pasti akan mengubah suasana menjadi berbunga-bunga.
Dalam artikel ini kami akan kongiksan koleksi ayat cinta sweet gila seperti ayat jiwang, ayat cinta sweet couple, ayat cinta sweet pendek, ayat cinta sweet untuk lelaki dan ayat romantik terkini.
Ayat Cinta Sweet Gila
Berikut adalah contoh ayat cinta sweet gila:
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!
Cinta,jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Kadang-kadang kita terpaksa menyintai seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya di tangan Tuhan.
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata , โ Aku turut berbahagia untukmu โ
Ayat Jiwang
Berikut adalah contoh ayat-ayat jiwang untuk panduan anda:
Kita mungkin menangis kerana mencintai orang yang salah, namun satu hal yang pasti, kesalahan dan kesilapan itu menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat.
Kadang-kadang anda perlu lari untuk melihat adakah adaSangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah adalah menyayanginya tanpa mengharapkan sesuatu perasaan apapun darinya seseorang akan mengejar dan memujuk anda kembali ~ Return To Me
Kadang-kadang tertawa bukanlah sesuatu yang dilakukan untuk bersenang-senang. Kadang-kadang ia adalah satu pelarian dari memikirkan terlalu banyak masalah.
Anda mungkin mempunyai semua hal di dunia, tetapi tanpa cinta, anda sebenarnya tiada apa-apa.
Ucapan selamat tinggal tanpa alasan adalah suatu hal yang paling menyakitkan. Cinta tanpa sebab adalah suatu yang paling indah.
Ayat Cinta Sweet Couple
Berikut adalah contoh ayat-ayat cinta sweet couple untuk panduan anda:
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.
Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada โkunciโ. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.
Ayat Cinta Sweet Pendek
Berikut adalah contoh ayat-ayat cinta sweet pendek untuk panduan anda:
Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.
Jangan membenci orang yang membenci anda. Dan maafkan mereka yang tidak mengerti.
Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya.
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia.
Cinta itu jelas indah, walaupun di sisi lain juga menyakitkan. Kerana itu kita harus belajar menikmati sisi keindahannya.
Cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. Itulah yang membuatnya begitu sukar untuk diperolehi.
Cinta pertama selalu yang paling manis, tapi luka pertama selalu yang terdalam. –Jasper Forde
Diam kadangkala adalah jawapan yang paling baik.
Ayat Cinta Sweet Untuk Laki laki
Berikut adalah contoh ayat-ayat cinta sweet lelaki untuk panduan anda:
Jaga satu hati, pegang satu nama, simpan dalam hati, setia sampai hujung nyawa
Biar Berjauhan Asalkan Hati Tak Berubah. Dan Biar Tak Jumpa Asalkan Hati Tak Lupa
Saya tak tahu kenapa awak senantiasa berada di tempat yang teristimewa dalam hati saya… walaupun awak selalu sakitkan hati saya.
Saya nak tanya awak satu soalan ni. Apa dia? Dari mana datangnya CINTA, Dari mane ye? Dari mesej tutun ke hati
Ayat Romantik
Berikut adalah contoh ayat-ayat romantik untuk panduan anda:
Jika anda mendapati diri anda jatuh cinta, jangan jatuh terlalu cepat. Anda mungkin berakhir dengan cinta, yang tidak akan bertahan.
Kita harus dapat memaafkan diri sendiri. Melepaskan apa yang pahit dan terus maju demi masa depan yang lebih baik. โ Bill Cosby
Jika seseorang tidak dapat menerima anda dalam keadaan anda yang terburuk, mereka tidak layak mendapat anda dalam keadaan anda yang terbaik!
Perasaan paling pahit yang terpaksa ditelan adalah duduk di sebelah seseorang yang bererti bagi anda dan mengetahui bahawa anda tidak bererti apa-apa kepadanya.
Kepahitan akibat mengetahui kebenaran jauh lebih baik daripada kebahagiaan akibat suatu pembohongan.
Originally posted 2022-04-09 10:28:00.