[Update] Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Terbaru

Admin Radarpena April 18, 2023

Bagi korang yang sedang mencari cara bagaimana untuk mendapatkan penyata bank CIMB Clicks Malaysia secara online, di sini aku akan kongsikan caranya.

Kalau dulu nak dapatkan penyata bank ni, kena terus ke bank. Tapi sekarang penyata bank CIMB begini, terus boleh dapat secara online dari CIMB Clicks tanpa perlu lagi pergi ke bank.

Dah lama pun sebenarnya CIMB guna konsep bank statement online melalui CIMB Clicks ni. Di portal rasmi mereka juga dah disebutkan “Go green and switch to eStatement to get your credit card/deposits/loan/financing account statement to enjoy greater convenience and enhanced security!”

Dalam erti kata lain, CIMB menyarankan cara dapatkan CIMB bank statement online melalui CIMB clicks ini bagi mengurangkan penggunaan kertas juga. Tidak hanya CIMB je tau malah hampir semua bank dah gunakan sistem e-statement begini.

Melalui artikel ini aku akan kongsikan beberapa topik yang berikut.

1. CIMB Bank Statement Sample (dalam bentuk PDF)

Ini adalah contoh penyata bank CIMB yang telah di download. Penyata bank ini menggunakan CIMB Clicks.

Aku sendiri suka bank statement dalam bentuk pdf begini kerana dapat save terus dalam komputer, dapat print bila masa nak guna dan sangat mudah juga untuk di baca.

Bank statement CIMB dalam bentuk PDF ini boleh digunakan untuk urusan bank pada bila-bila masa. Bank statement CIMB sekarang pun, tak terhad lagi hanya untuk 3 bulan terkini saja.

Gambar CIMB Bank Statement Sample (dalam bentuk PDF)

2. Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMB Clicks

Di sini aku kongsikan cara dapatkan bank statement CIMB bank melalui CIMBclicks sebagai panduan.

Langkah 1 : Login CIMB Clicks macam biasa.

Langkah 2 : klik pada bahagian SERVICES (rujuk gambar di bawah)

Gambar Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMB Clicks

Langkah 3 : klik VIEW STATEMENT untuk lihat penyata bank.

Gambar Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMB Clicks 2

Langkah 4 : pada bahagian View eStatement, klik pada Deposit, Loan/Financing, Investment.

Langkah 5 : pilih bulan yang dikehendaki untuk eStatement CIMB tersebut. Contoh, aku pilih cimb bank statement date ini untuk bulan November 2021.

Gambar Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMB Clicks 3

Langkah 6 : boleh terus download penyata bank dan save. 


3. Perbezaan CIMB bank statement pdf dengan CIMB bank statement atmnt

CIMB bank statement pdf menunjukkan transaksi penuh mengikut bulan yang di pilih sedangkan CIMB bank statement atm hanyalah penyata mini yang boleh menunjukkan traksaksi terbaru sahaja. Selalunya penyata mini dalam bentuk CIMB bank statement atm ini untuk kita semak baki terkini dalam akaun bank tersebut.

Ini contoh CIMB bank statement pdf :

Gambar contoh CIMB bank statement pdf

Ini pula contoh untuk CIMB bank statement dari mesin atm.

Gambar Contoh CIMB bank statement dari mesin atm

Baca Juga Artikel CIMB Bank Lainnya :

  1. 3 Cara Tukar Nombor Telefon CIMB Clicks + TAC (Update)
  2. CIMB Clicks Tak Boleh Login, Ini Penyebabnya!
  3. 5 Cara Semak Baki Akaun CIMB Melalui Online, SMS, Cimbclicks, ATM
  4. [Update] Cara Bayar redONE Guna CIMB Clicks Terbaru!
  5. CIMB Clicks: Cara Buka Akaun, Daftar & Aktifkan Online

Itulah panduan cara mendapatkan penyata bank CIMB secara online melalui CIMB Clicks dan panduan lain yang berkaitan.

Semoga panduan ini dapat memberi manfaat.

Originally posted 2021-12-21 12:03:50.

Leave a Comment

Artikel Terkait