[Terkini] Cara Guna Duitnow dengan Betul Semua Bank!

Admin Radarpena September 27, 2022

Ramai yang tak tahu apa itu DuitNow dan bagaimana cara menggunakan DuitNow.

DuitNow merupakan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank yang mengambil bahagian untuk menghantar dan menerima duit dengan serta-merta dari satu akaun ke akaun lain, dalam bank yang sama atau ke bank lain dengan hanya menggunakan ID DuitNow mereka.

Apa sahaja bank yang boleh gunakan DuitNow? Semua bank-bank di Malaysia seperti Maybank, RHB, CIMB, BSN, Bank Rakyat dan bank lain yang menyediakan perkhidmatan DuitNow dapat  melakukan pemindahan wang, jadi semua bank boleh guna DuitNow.

Cara Guna Duitnow

Sebagai makluman kepada anda, terdapat dua proses yang terlibat dalam penggunaan DuitNow iaitu :

  • Pendaftaran DuitNow
  • Pindahan wang melalui DuitNow.

Kami akan kongsikan kepada anda cara membuat pendaftaran dan membuat pindahan wang.

Sebagai contoh cara menggunakan duitnow melalui bank, di sini kami kongsikan cara guna duitnow untuk bank BSN

Daftar DuitNow BSN

  1. Anda mestilah log masuk ke akaun bank anda sendiri menggunakan username dan kata laluan yang sah yang telah anda daftarkan
  2. Anda perlu pilih perkhidmatan DuitNow di bawah menu Fund Transfer
  3. Daftar ID dengan membuat pautan nombor telefon atau nombor MyKad bagi menghubungkan kepada akaun bank atau e-wallet anda

Jom Baca : Cara Guna Mae Maybank Terkini | Maybank Malaysia

Cara Pindahkan Wang Melalui DuitNow

  1. Anda perlu log masuk ke akaun menggunakan username dan kata laluan yang sah
  2. Anda perlu pilih perkhidmatan DuitNow di bawah menu Fund Transfer
  3. Masukkan nombor telefon bimbit penerima atau pilih dari senarai contacts dalam telefon anda
  4. Pilih akaun anda yang anda mahu gunakan, namun kebiasaanya ia adalah default di mana nombor akaun simpanan akan dipaparkan secara terus.
  5. Masukkan nilai wang ( cth 150 ) yang hendak dipindahkan
  6. Tekan butang Transfer Money
  7. Skrin akan memaparkan maklumat penerima untuk anda membuat pengesahan
  8. Klik butang Approved sekiranya maklumat penerima adalah betul dan tepat
  9. Pindahan wang akan dilakukan serta merta dan setelah berjaya dipindahkan
  10. Anda akan juga akan menerima SMS dari pihak bank yang menyatakan pindahan wang telah berjaya dilakukan

Sekiranya nombor MyKad atau nombor telefon yang telah anda masukan tiada pautan dengan mana – mana nombor akaun bank penerima, pengirim wang akan menerima mesej makluman bahawa penerima tidak wujud dan proses pindahan yang anda ingin lakukan tidak dapat diteruskan.

Untuk pengetahuan anda setiap nombor MyKad atau nombor telefon hanya boleh dipautkan kepada satu akaun bank sahaja.

Leave a Comment

Artikel Terkait