Perut lapar, tapi malas mahu keluar? Biasalah.
Semua orang memang ada tahap kemalasan masing-masing. Jangan bimbang, izinkan kami kongsi cara order Foodpanda untuk orang yang tak biasa.
Aplikasi Food Panda merupakan salah satu aplikasi tempahan makanan secara online.
Ia memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan makanan dari restoran β restoran terbaik di Malaysia.
Terdapat pelbagai menu serta restoran yang boleh anda pilih di dalam aplikasi ini.
Tempahan makanan anda akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda dan pastikan alamat penghantaran yang dimasukkan adalah tepat bagi mengelakkan kelewatan.
Cara Daftar Akaun Food Panda
Tak susah pun sebenarnya cara beli makanan melalui FoodPanda ni.
Yang mesti Anda perlukan iaitu akaun yang berdaftar. Jika Anda belum mempunyai akaun, sila ikuti langkah-langkah dibawah:
- Muat turun/download applikasi FoodPanda melalui Google Playstore (Android) atau App Store (iOS)
- Buka aplikasi FoodPanda
- Tekan butang Log in/Create Account
- Tekan butang New User? Create an account
- Sila isi borang pendaftaran seperti First Name, Last Name, Nombor Telefon, Alamat Email dan Password
- Tekan butang Register/Join Now
- Tahniah, pendaftaran Anda berjaya.
Jom Baca : Jenama Biskut di Malaysia Selamat di Makan Paling Terkenal!
Cara Guna Food Panda
Untuk cara order guna food panda, korang bisa ikuti maklumat berikut,
- Buka aplikasi FoodPanda pada handphone Anda.
- Anda perlu mengemukakan alamat penghantaran supaya Platform boleh memaparkan Vendor yang disediakan di kawasan penghantaran Anda.
- Pilih restoran/makanan yang tersenarai di aplikasi FoodPanda.
- Jika Anda sudah menemukan makanan yang mahu di beli tekan + atau β cancel makanan.
- Pilih alamat tujuan (Delivery Details) masukkan alamat untuk anda menerima pesanan Anda.
- Pilih Payment Method (cara pembayaran yang Anda mahu) Cash On Delivery (COD), Credit / Debit Card, atau Online Banking
- Jika Anda mempunyai voucher sila tekan Do you have a voucher masukkan voucher tu untuk dapatkan diskaun.
- Sila tekan butang Checkout/Place Order
- Selepas Pesanan berjaya dibuat, Anda akan menerima pengesahan email daripada pihak FoodPanda beserta dengan resit Pesanan Anda. Caj penghantaran tidak ditunjukkan dalam resit Pesanan Anda sekiranya Anda memilih untuk membuat Pengambilan/Pick Up.
NOTA : Jika Anda tidak mempunyai card credit atau online banking. Anda boleh menggunakan duit cash atau tunai untuk bayar pesanan makanan Anda. Sila berikan duit itu kepada driver penghantar makanan.
Cara Cencel Order Food Panda
Cara membatalkan pesanan FoodPanda ni mudah sahaja, sila hubungi gunakan ciri sembang bantuan pelanggan dalam aplikasi FoodPanda jika Anda ingin membatalkan Pesanan Anda selepas membuatnya.
Anda berhak membatalkan Pesanan Anda jika Vendor belum lagi menerima Pesanan Anda.
Selain itu, Anda berhak untuk mendapat bayaran balik bagi Pesanan yang dibatalkan hanya jika Vendor belum menerima Pesanan Anda.
Jika Anda masih memutuskan untuk membatalkan Pesanan Anda selepas ia diterima oleh Vendor, Anda memahami bahawa tiada bayaran balik (sama ada sepenuhnya atau sebahagian) akan dibuat kepada Anda dan Anda melucutkan penghantaran Pesanan yang dibatalkan oleh Anda.
Kami berharap agar cara order Foodpanda ini dapat memudahkan hidup anda.
Cuma janganlah apabila sudah order, dan rasa lambat sedikit, terus mahu cancel order Foodpanda.
Kasihan juga pada rider tersebut yang mungkin ada sedikit kesukaran untuk sampai ke lokasi anda.
Semoga hilang kepenatan dan kelaparan anda. Selamat Mencuba.
Originally posted 2022-09-11 03:34:00.