Cara Guna & Aktivkan Lazada Wallet Terkini

Admin Radarpena

Lazada kini telah mula memperkenalkan Lazada Wallet sebagai alternatif kepada pembayaran untuk anda membuat pembelian di Lazada.

Sebelum menggunakan Lazada Wallet, anda perlu mengaktifkan Lazada Wallet anda terlebih dahulu.

Bagaimana untuk aktifkan Lazada Wallet? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu, selamat mencuba.

Cara Daftar Lazada Wallet

  1. Buka aplikasi Lazada anda
  2. Klik butang Wallet > Aktifkan Wallet Saya
  3. Seterusnya masukkan nombor telefon anda dalam ruang yang disediakan, klik butang β€˜Dapatkan Kod’.
  4. Isikan kod pengesahan yang diterima melalui SMS di ruang yang disediakan, klik  Pengesahan No Telefon untuk menyelesaikan proses pengaktifan Wallet anda.
  5. Baca dan Tick pada Terma dan Dasar Privasi sebelum mengaktifkan Wallet anda.
  6. Setelah nombor anda disahkan, anda akan sampai di halaman Maklumat Baki untuk menerokai Lazada Wallet anda dengan lebih lanjut.
  7. Anda telah selesai aktifkan Lazada Wallet anda.

Sekiranya proses pengaktifan anda gagal, pihak Lazada akan sedia membantu.

Anda boleh menghubungi pihak Lazada di sini dan bercakap dengan khidmat pelanggan Lazada menerusi live chat pada:

  • 09:00 AM – 09:00 PM (Isnin hingga Ahad)
  • 09:00 AM – 06:00 PM (Cuti Umum)

Kalau anda selalu beli barang di Lazada, jangan lupa untuk mengaktifkan Lazada Wallet. Ini kerana, bagi pembayaran melalui kaedah Lazada Wallet, anda mungkin layak untuk menerima baucar diskaun pembelian.


Semak Baucar Pembelian Lazada Wallet

Berikut ialah cara buat semakan baucar pembelian setelah cara aktifkan lazada ewallet telah anda lakukan:

  1. Di halaman utama, klik pada butang Account yang tertera di kanan paparan skrin di bahagian bawah.
  2. Seterusnya, scroll ke bahagian Lazada eWallet dan tekan butang Vouchers yang terletak di sebelah kanan paparan skrin.
  3. Baucar pembelian yang layak anda gunakan akan tertera di halaman ini.
  4. Klik pada butang Use Now untuk menebus baucar yang diterima.

Pihak kami berharap agar perkongsian cara aktifkan Lazada Wallet ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk berbelanja secara online di aplikasi Lazada.

Baca Pula

Tags

Leave a Comment