Cara & Tips Pasang Wainscoting | MALAYSIA 

Admin Radarpena September 23, 2023

Tidak dinafikan wainscoting merupakan satu dekorasi dinding yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

Apa itu Wainscoting?

Wainscoting adalah seni panel trim pada hiasan dinding gaya Eropah.

Sebelum ini, kita hanya dapat lihat wainscoting di rumah-rumah mewah sahaja

Sebelum ini, kita hanya dapat lihat wainscoting di rumah-rumah mewah sahaja.

Namun, sejak semakin ramai membuat perkongsian cara pasang wainscoting di sosial media, wainscoting menjadi projek yang paling ramai terutamanya sewaktu PKP tempoh hari.

Fungsi Wainscoting

Pada asasnya, wainscoting membahagikan dinding dalam dua bahagian.

Walau bagaimanapun, bahagian bawah masih bersambung dengan bahagian atas.

Secara terperinci, fungsi seni panel trim itu sendiri adalah tiga kali ganda dalam amalan.

And, fungsi wainscoting adalah seperti berikut:

  • Menambah Penebat

Memohon wainscoting menyediakan lapisan penebat tambahan terhadap haba panas dan suhu sejuk yang agak ketara.

  • Melindungi Dinding

Membantu dinding dari calar yang berlaku setiap hari seperti kesan kerusi atau perabot lain.

  • Sebagai Hiasan Rumah

Ia menambah daya tarikan visual ke dinding dengan memberikan kediaman itu rasa formal dan tradisional.


Jom Baca Artikel Lain :


Jenis Wainscoting dan Cara Pasang Wainscoting 

Nak pasang wainscoting tapi tak tahu caranya ? Jom simak cara pasang wainscoting sendiri berikut ini.

1. Jenis Wainscoting PVC Foam

Wainscoting PVC foam ini diperbuat daripada rentang / span.

Cara Pesang Wainscoting PVC Foam

  1. Lukis petak menggunakan kad manila atau kadbod
  2. Lekatkan kadbod pada dinding, kemudian sapukan gam di bahagian belakang PVC wainscoting.
  3. Lekatkan PVC wainscoting mengikut kadbod atau kad manila yang dah dilekatkan di dinding supaya PVC foam tersebut menjadi lurus cantik. Tujuannya hanya sebagai penanda sahaja.
  4. Di bahagian hujung PVC, gunakan pembaris 45 darjah dan gunting untuk menyambung PVC menjadi bentuk petak.

Kelebihan Wainscoting PVC Foam

  1. Harga yang berpatutan dan ringan
  2. Mudah dipasang
  3. Kalis air

Kelemahan Wainscoting PVC Foam

  1. Sukar untuk kembali kepada bentuk asal
  2. Tidak tahan lama
  3. Akan mengecut disebabkan cuaca
  4. Mudah rosak

Harga Wainscoting PVC Foam

Harga wainscoting PVC bermula daripada RM6.00 dan ke atas bergantung kepada corak dan panjang wainscoting tersebut.

Jom Baca : Cara Tentukan Saiz Tangki Air Rumah ! Jom Simak

2. Jenis Wainscoting PVC Roll

Wainscoting PVC Roll Menggunakan plastik PVC atau polyurethane (PU) 

Cara Pesang Wainscoting PVC Roll

  1. Sila Buat ukuran terlebih dahulu mengikut ukuran yang diingini dan lukis lakaran sementara di dinding.
  2. Potong setiap bucu menggunakan pembaris segitiga 45° darjah.
  3. Sapu gam di belakang wainscoting tersebut.
  4. Lekatkan wainscoting yang sudah digam mengikut garisan yang dilukis tadi di dinding.

Kelebihan Wainscoting PVC Roll

  1. Lebih ringan
  2. Tak mengecut
  3. Tidak perlu dicat kerana PVC roll datang dalam pelbagai warna

Kelemahan Wainscoting PVC Roll

  1. Harga mahal jika dibandingkan dengan wainscoting jenis lain

Harga Wainscoting PVC Roll

Harganya lebih mahal berbanding PVC foam. Untuk kepanjangan 8 kaki, harganya bermula RM30 sehingga RM50.

3. Jenis Wainscoting Kayu

Bahan digunakan untuk menghasilkan wainscoting jenis kayu ini adalah kayu Nyatoh.

Wainscoting kayu perlu dilicinkan permukaannya menggunakan kertas pasir dan perlu dicat untuk mendapat hasil yang menarik.

Pemasangan wainscoting kayu memerlukan masa dan juga tahap kesabaran yang tinggi untuk disiapkan.

Cara Pesang Wainscoting Kayu

  1. Sila ukur keluasan dinding rumah yang ingin memasang wainscoting
  2. Lakaran sementara untuk rujukan pada dinding.
  3. Potong kayu mengikut lakaran yang dilakar pada dinding.
  4. Untuk cantuman, boleh gunakan pembaris 45° darjah.
  5. Cantumkan semua kayu yang dipotong menjadi bentuk bingkai
  6. Dengan berhati-hati, lekatkan kayu pada dinding dan lekatkan sedikit masking tape untuk memastikan lebih melekat.
  7. Isikan ruang kosong pada bucu wainscoting menggunakan filler untuk kemasan.
  8. Gosokkan kayu menggunakan kertas pasir yang bertujuan untuk menanggalkan filler yang berlebihan
  9. Mengecat bahagian wainscoting kayu dahulu. Selepas itu, baru cat pada bahagian dinding. Untuk lebih cantik dan menarik, cat dinding untuk beberapa lapisan lagi.

Kelebihan Wainscoting Kayu

  1. Sangat tahan lasak berbanding material lain

Kelemahan Wainscoting Kayu

  1. Tidak kalis air dan akan mengembang jika terkena air

Harga Wainscoting Kayu

Harga bergantung kepada panjang yang dikehendaki.

Kebiasaannya hanya RM2.00 untuk satu kaki, namun upah kerja memasang mungkin lebih mahal berbanding material lain.

4. Jenis Wainscoting PU atau Plaster

Cara Pesang Wainscoting PU atau Plaster

Cara memasang wainscoting PU ini lebih kurang sama dengan cara pemasangan wainscoting PVC iaitu.

  1. Lukis petak menggunakan kad manila atau kadbod
  2. Lekatkan kadbod pada dinding, kemudian sapukan gam di bahagian belakang PU atau Plaster wainscoting.
  3. Lekatkan wainscoting PU atau Plaster mengikut kadbod atau kad manila yang dah dilekatkan di dinding supaya wainscoting PU atau Plaster tersebut menjadi lurus cantik. T
  4. Di bahagian hujung PU atau Plaster, gunakan pembaris 45 darjah dan gunting untuk menyambung PU atau Plaster menjadi bentuk petak.

Kelebihan Wainscoting PU atau Plaster

  1. Kalis air
  2. Anti anai-anai

Kelamahan Wainscoting PU atau Plaster

  1. Mudah patah
  2. Sukar untuk mengikut permukaan dinding
  3. Sukar untuk dipotong dan memerlukan kemahiran

Harga Wainscoting PU atau Plaster

Harganya lebih kurang sama dengan harga wainscoting PVC iaitu bermula dari RM6.00

Setelah pemasangan wainscoting siap, anda bolehlah mulakan projek mengecat wainscoting pula. Selamat mencuba!

Originally posted 2022-06-30 07:06:00.

Leave a Comment

Artikel Terkait