Contoh dan Cara Menulis Karangan Laporan Terkini

Admin Radarpena

Selain surat rasmi, laporan adalah salah satu dokumen yang penting. Penulisan laporan lazimnya ditulis bagi melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa yang telah berlaku.

Menurut laman web Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), laporan bermaksud sesuatu yang dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dan lain-lain) yang dilaporkan.

Penulisan laporan yang baik mestilah ditulis dengan tepat dan juga mudah dihafami berdasarkan pelaporannya.

Selain itu, laporan lazimnya ditulis oleh setiausaha sesebuah persatuan atau organisasi dan penulis laporan perlulah orang yang turut sama menyertai perkara atau peristiwa yang dilaporkan.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda contoh karangan terbaik laporan.

Semoga dengan perkongsian penulisan ini dapat memberi manfaat dan membantu anda semua untuk menulis karangan jenis laporan.

Format Karangan Laporan

Bagi laporan format karangan, format laporan biasanya merangkumi perkara seperti berikut:

1. Tajuk Laporan

Tajuk laporan perlu ditulis dengan menyertakan nama aktiviti dan tempat aktviti terbabit.

Huruf pertama pada setiap awal perkataan perlu ditulis dengan huruf besar.

Tajuk laporan hendaklah ditulis ditengah-tengah kertas tersebut dan juga dihitamkan.

2. Isi laporan

Isi laporan perlu mengandungi beberapa perenggan yang dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Selain itu, isi laporan perlu menyentuh kepada semua perkara yang berlaku di dalam aktiviti atau peristiwa yang telah berlaku terbabit.

3. Disediakan oleh dan Tandatangan

Di bawah perenggan terakhir, penulis perlu menulis perkataan Disediakan Oleh,.

Tandatangan perlu diturunkan oleh setiausaha di bawah perkataan Disediakan Oleh tersebut.

Setiap tandatangan yang diturunkan adalah untuk mengesahkan laporan yang telah ditulis.

4. Nama dan Jawatan

Nama dan jawatan perlu ditulis di bawah tandatangan yang telah diturunkan.

Nama perlulah ditulis dengan kesemua huruf ialah huruf besar dan diletakkan kurungan pada awal dan akhir nama.

5. Tarikh

Tarikh perlu ditulis di bahagian kanan kertas sebaris dengan Disediakan Oleh.

Baca Juga : Kalender 2022 Malaysia, Kalender Islam, Cuti Sekolah, & Kalender Kuda


Contoh Karangan Laporan

Berikut beberapa contoh-contoh karangan laporan yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti berikut:

Contoh Karangan Laporan PT3

Contoh Karangan Laporan STPM

Originally posted 2022-05-23 00:00:00.

Baca Pula

Tags

Leave a Comment