Loghat Kedah, Dialek Kedah, Dialek Melayu Kedah atau Melayu Kedah adalah dialek bahasa Melayu yang paling banyak dituturkan di utara Malaysia seperti Perlis, Kedah, Penang, dan Perak.
Dan dalam artikel kali ini kami nak kongsikan senarai bahasa loghat kedah dan kamus loghat kedah untuk memudahkan anda belajar loghat kedah. Maksud loghat kedah dan contoh loghat kedah turut disediakan.
Loghat Kedah
Berikut adalah senarai beberapa loghat kedah popular yang boleh anda pelajari.
Kamus Loghat Kedah
Loghat | Arti | Loghat | Arti | Loghat | Arti |
ayaq | air | depa/lepa (‘e’ adalah pronouns dlm ekor) | mereka | ciwi | eksyen/megah |
lapaq ayaq | dahaga air | hat | yang | kalut | kelam kabut |
habaq | beritahu/bagi tau | sakit pala | tension | contiang | conteng |
beskat/gheghek(gerek) | basikal | toyu | kicap | bendang | sawah |
cemerkap (cemeghekap) | cuai/clumsy | darai | pondan | jalan tar | jalan tat |
tidoq | tidur | ayaq acaq | air kumbah | sombong…berlagak | kekwat |
tidor tak puas | tidoq tak jeghap | tibai | pukul | Topui | Gemuk |
Chek | saya | ‘macam ni’ | lagu ni | gi | pergi |
hangpa | awak | malas | segan | caqhoy | tidak pekat |
hang | kamu | loqlaq | gila/tak betui | merap | manja |
Kamus Loghat Kedah dengan Contoh
1. Rengau (ghe.ngau)
Rengau (ghe.ngau) Maksud: cakar
Contoh ayat: Kucin tu dok tak dok tiba-tiba mai rengau ceq taksat. berarti (Kucing itu tidak semena-mena datang mencakar saya sebentar tadi.)
2. Nyerama (nye.gha.ma)
Nyerama (nye.gha.ma) Maksud: berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu
Contoh ayat: Lepaih viral ja kedai coq pisang mak nakan ceq tu, semua orang pakat nyerama nak pi beli. Berarti (Selepas tular gerai cucur pisang ibu saudara saya itu, ramai orang berebut-rebut datang ingin membeli di situ.)
3. Rabung (gha.bong)
Rabung (gha.bong) Maksud: banyak cakap, terlalu ramah
Contoh ayat: Tak sangka laki Che Nab tu jenih rabung masuk ayaq macam kita jugak noh. (Tak sangka suami Che Nab itu jenis banyak cakap, gila-gila macam kita juga ya.)
4. Lalu (la.lu)
Lalu (la.lu) Maksud: berselera
Contoh ayat: Lepaih putuih cinta dengan marka dia, Own tak lalu makan sampai serah badan dia. Berarti (Selepas putus cinta dengan teman wanitanya, Khairul tidak berselera untuk makan sehingga kurus badannya.)
5. Rabat/Kerabat (gha.bat)
Rabat/Kerabat (gha.bat) Maksud: panjat
Contoh ayat: Piah, pi tengok anak hang sat tu, takut jatuh tetomoih. Dia dok rabat ghusi cari apa tatau kat dapoq.Berarti (Piah, pergi tengok anak awak itu, takut dia jatuh tersungkur. Dia panjat kerusi mencari entah apa barang di dapur.
6. Seregum (se.ghe.gum)
Seregum (se.ghe.gum) Maksud: kusut-masai
Contoh ayat: Awat hang seregum sangat nak pi inteviu ni? Berarti (Kenapa rupa awak begitu kusut-masai untuk pergi temu duga?)
7. Dan (dan)
Dan (dan) Maksud: sempat
Contoh ayat: Aku rasa hang tak dan la nak ligan lampu hijau sebelum kona depan tu. Berarti (Saya rasa awak tak sempat untuk mengejar lampu hijau sebelum membelok di hadapan.)
8. Bertuh (be.ghe.toh)
Bertuh (be.ghe.toh) Maksud: bersentuh, berlaga, berlanggar
Contoh ayat: Pa’an tu mentang dah femes masuk tv, jalan bertuh bahu dengan aku pun dia buleh buat tak kenai Berarti . (Mentang-mentang Farhan sudah popular dan muncul di kaca TV, jalan berlanggar bahu dengan saya pun dia pura-pura tidak mengenali.)
9. Baloq liat (ba.lo’ liat)
Baloq liat (ba.lo’ liat) Maksud: pemalas
Contoh ayat: Hang ni baloq liat sunggoh, kira nak lena ja dari cerah sampai kelam. Berarti (Awak ni pemalas betul, asyik tidur saja dari siang sampai ke malam.)
10. Pedo (pe.do)
Pedo (pe.do) Maksud: berhati-hati
Contoh ayat: Pedo sikit bawak ayaq tu, satgi tumpah jenuh nak lap. Berarti (Berhati-hati ketika membawa air itu. Jika tumpah nanti, bersusah-payah pula untuk dilap)
Originally posted 2022-05-02 05:30:00.