10 Taman Tema Air di Malaysia Yang Menyeronokkan

Ertugrul April 29, 2023

Mencari taman tema air di Malaysia? Malaysia mempunyai banyak destinasi percutian yang mempunyai pelbagai tarikan. Antara tarikan tersebut ialah taman tema air yang selamat dan menyeronokkan.

Masih tercari-cari taman tema air untuk anda tuju sempena percutian? Tidak mengapa, berikut kami senaraikan 15 taman tema air di Malaysia. Teruskan membaca!

1. Sunway Lagoon

Imej via Sunway Lagoon

Siapa sahaja yang tidak pernah terdengar tentang Sunway Lagoon? Ianya merupakan taman tema air yang popular bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara! Taman tema air berkeluasan 88 ekar ini juga mempunyai lebih daripada 80 tarikan

Antara tarikan istimewa di sini ialah Vuvuzuela, luncur air yang terbesar di dunia. Berkepanjangan 152 meter, luncur air ini boleh dinaiki oleh pengunjung berketinggian 110 cm sahaja.

Tarikan lain seperti Little Zimbabwe dan Surf Beach pula sesuai dan slamat untuk kanak-kanak. Harga tiket di sini ialah RM 133 untuk dewasa (13 tahun ke atas) dan RM 108 untuk kanak-kanak (12 tahun ke bawah) dan RM 108 untuk warga emas (60 tahun ke atas).

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 am – 6 pm


2. Bangi Wonderland

Imej via Foursquare

Bagi pengunjung yang berada sekitar Bangi atau Kajang, antara taman tema air terdekat yang boleh anda singgah ialah Bangi Wonderland. Ada banyak tarikan yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa di sini.

Antara tarikannya ialah Water Cannon. Untuk tarikan ini, anda akan duduk di atas ‘meriam’ dan kemudian anda akan ditolak seolah-olah ditembak dan meluncur ke dalam kolam. Kedengaran menarik, bukan?

Tarikan lain pula termasuklah Wonder Loop, Magic Funnel, Meander River dan banyak lagi. Harga tiketnya ialah RM 45 untuk kanak-kanak dan RM 55 untuk dewasa.

Alamat: No 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor


3. Taman Tema Air Gold Coast Morib

Imej via Foursquare

Alang-alang berada sekitar Banting, singgah sahaja bermalam di Gold Coast Morib Resort. Di resort ini, terdapat taman tema air yang menarik iaitu Taman Tema Air Gold Coast Morib.

Ianya bukan sahaja dibuka untuk penginap resort ini, malah orang awam juga boleh singgah bermandi-manda di sini. Harga tiketnya ialah RM 25 untuk dewasa (12 tahun dan ke atas) dan RM 12 untuk kanak-kanak (2 – 11 tahun).

Alamat:  PT. 294, KAWASAN KANCHONG LAUT Mukim, 42700 Banting, Selangor


4. Taman Tema Air Wet World Shah Alam

Imej via Wet World Water Park

Di Shah Alam, taman tema air ini boleh dikatakan merupakan antara tarikan utama di sini. Tiba sahaja hujung minggu, pasti taman tema air ini akan dipenuhi oleh ramai pengunjung, memang meriah.

Hal ini disebabkan oleh tarikan di taman tema air ini yang cukup berbagai. Tarikan paling popular ialah Super Hurricane, gelongsor terbaru di taman tema air ini yang selamat dan menyeronokkan untuk anda cuba.

Selain itu, anda juga boleh mencuba tarikan lain. Antaranya ialah Monsoon Buster, Thunder River, Caribbean River dan Whirlwind Escape. Rata-ratanya juga sesuai dinaiki oleh kanak-kanak dan dewasa.

Harga tiket di sini ialah RM 37 untuk dewasa berketinggian 130 cm dan ke atas, RM 30 untuk kanak-kanak berketinggian 90 – 120 cm. Kanak-kanak berketinggian bawah 90 cm pula mendapat kemasukan percuma.

Waktu Operasi: Sabtu & Ahad, 10 am – 6 pm

Alamat:  No. 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor


5. Gambang Water Park

Imej via Gambang Water Park

Terletak di Gambang, Gambang Water Park ini merupakan antara taman tema air di Malaysia yang cukup terkenal. Tarikan utama di sini ialah gelongsor air yang berkelajuan tinggi yang sangat menyeronokkan.

6 Lane Racer adalah antara tarikan yang mencuri perhatian ramai. Ianya adalah gelongsor air yang boleh dinaiki 6 orang serentak di lorong gelongsor yang berbeza.

Selain itu, anda juga boleh bersantai di Coco Beach, menaiki pelampung dan menuruni gelongsor di Family Raft Ride dan banyak lagi. Harga tiket ialah RM 28 untuk dewasa (13-59 tahun), RM 18 untuk kanak-kanak (6-12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas).

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, Isnin – Khamis 11 am – 6 pm, Jumaat – Ahad 10 am – 6 pm

Alamat: Utama, Bukit Resort City, Jln Bukit Gambang Resort, 26300 Gambang, Pahang


6. Taman Tema Kubang Gajah

Imej via Foursquare

Di Termeloh, antara tarikan pelancongannya ialah Taman Tema Kubang Gajah. taman tema air ini sesuai dikunjungi oleh keluarga disebabkan oleh persekitarannya yang santai.

Airnya yang tidak terlalu dalam serta tarikan seperti gelongsor air serta taman permainan merupakan antara punca taman tema air ini sentiasa menjadi pilihan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Harga tiket untuk dewasa ialah RM 12 manakala untuk kanak-kanak ialah RM 10. Gelongsor air di sini juga selamat digunakan untuk kanak-kanak dan berketinggian sederhana, jadi anda tidak perlu risau soal keselamatan.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 9 am – 7.30 pm

Alamat: Kampung Sungai Rabit, 28000 Temerloh, Pahang


7. Jengka Wonderland

Imej via Facebook

Satu lagi taman tema air di Pahang yang menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan ialah Jengka Wonderland. Terletak di Bandar Tun Razak, ia merupakan taman tema air pertama yang dibina di kawasan Felda.

Tarikan-tarikan di sini ialah kolam pantai, kolam sungai dan kolam gelongsor. Anda boleh menaiki perahu dayung di kolam pantai. Gelongsor di sini juga berbagai, ada yang boleh digunakan oleh dewasa dan kanak-kanak.

Harga tiketnya ialah RM 12 untuk dewasa, RM 10 untuk kanak-kanak dan RM 8 untuk warga emas. Perahu dayung juga boleh disewa oleh pengunjung secara percuma.

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 7 pm

Alamat:  PT18047/1, Jalan Kilang, Persekitaran JPJ, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang


8. Taman Tema ESCAPE

Imej via Foursquare

Tertanya-tanya gelongsor air terpanjang di dunia terletak di mana? Bukan di luar negara, tetapi di dalam negara kita. Ianya terletak di Taman Tema ESCAPE, taman tema di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Ada lebih 40 tarikan di sini. Semestinya gelongsor air berkepanjangan 1111 meter ini menjadi tumpuan. Ianya boleh dinaiki oleh kanak-kanak dan dewasa dengan syarat umur minimum 4 tahun. Selamat dan semestinya menyeronokkan!

Harga kemasukan ialah RM 48.50 untuk kanak-kanak dan RM 73.50 untuk dewasa. Seandainya ada harga promosi, anda boleh mendapatkan harga tiket yang jauh lebih murah, memang berbaloi.

Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang


9. Taman Tema Air Adventure Desaru Coast

Imej via Foursquare

Taman Tema Air Adventure Desaru Coast adalah salah satu taman air terbesar di dunia. Salah satu kolam pantainya iaitu Tidal Wave Beach juga merupakan antara kolam terbesar di dunia.

Antara tarikan di sini ialah Riptide, Kids Ahoy, Beachside Cabanas, Surfwall dan Kraken’s Revenge. Setiap tarikan ini menjanjikan keseronokan yang tidak terkira untuk rakan-rakan dan keluarga.

Harga tiket kemasukan ke taman tema air ini ialah RM 56 untuk kanak-kanak dan warga emas dan RM 76 untuk dewasa. Sangat berbaloi dengan tarikannya yang bertaraf dunia!

Alamat: No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor


10. Austin Heights Water & Adventure Park

Imej via Foursquare

Rata-rata taman tema air mempunyai tarikan yang hampir sama seperti gelongsor air. Namun, berlainan pula dengan taman tema Austin Heights Water & Adventure Park.

Terletak di Johor Bahru, taman tema yang luas ini mempunyai tarikan-tarikan menarik. Antaranya ialah sprinklers, baldi gergasi, senapang air dan gelongsor air yang berbagai ketinggian.

Bagi yang berketinggian 120 cm ke atas, harga tiket ialah RM 80 manakala yang berketinggian 120 cm ke bawah, harga tiket ialah RM 70. Untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas, harga tiket ialah RM 70.

Alamat: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Anda pasti teruja setelah membaca senarai taman tema air di Malaysia ini, bukan? Semuanya mempunyai tarikan tersendiri, jadi singgah sahaja mana-mana yang berdekatan dengan anda.

Selain artikel ini, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial.

Originally posted 2022-01-09 10:47:56.

Leave a Comment

Artikel Terkait