[Terkini] Cara Guna Medical Card dengan Betul!

Admin Radarpena

Kini medikal kad peribadi tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia.

Pada yang sudah celik takaful pasti akan memiliki medical card atau kad perubatan.

Tidak kiralah sama ada daripada majikan ataupun milik persendirian.

Namun tahukah anda cara guna medical card yang betul? Maklumlah, ramai yang bayar sahaja tapi tidak pernah guna atau buat claim.

Tak perlu risau saya akan senaraikan step by step sebagai rujukan untuk anda apabila mahu menggunakan kad perubatan.

Terutamanya bagi kes yang terpaksa dimasukkan ke wad hospital. Jom simak!

Bagaimana Nak Guna Medical Card ?

Kalau korang dah ada medical card, jangan fikir boleg guna ikut suka hati, bila bila masa je tau?

Maka sure korang tau langkah-langkah dan prosedur yang perlu diambil kira sebelum guna medical card tu.

Jom Tengok prosedurnnya.

1. Status Polisi

  • Pastikan ia tidak tertunggak (overdue) atau polisi telah luput (lapsed).

2. Jenis Medical Card

  • Pastikan samaada ia boleh digunakan di hospital panel sahaja atau hanya di klinik panel sahaja atau boleh digunakan di hospital dan klinik panel. Pastikan juga anda tahu had harga bilik harian.

3. Ketahui Hospital Panel Yang Sah

  • Tidak semestinya semua hospital swasta adalah panel bagi medical card anda. Rujuk di sini untuk senarai penuh Panel AIA.

4. Waiting Period (Tempoh Menunggu)

  • Pastikan anda tahu apa jenis penyakit yang dilindungi dalam tempoh 120 hari pertama, selepas 120 hari dan sebelum tempoh 1 atau 2 tahun. Rujuk ejen anda untuk keterangan perkara ini.

5. Hubungi Ejen Anda Sebagai Persediaan

  • Sebelum membuat sebarang kemasukan atau tuntutan hospital, pastikan anda menghubungi ejen medical card anda. Ejen anda akan menguruskan sebarang kesulitan tuntutan jika berlaku sepanjang proses rawatan.

Setelah perkara-perkara diatas telah disahkan, anda perlu mengikuti langkah-langkah dibawah agar kemasukan ke hospital dapat berjalan dengan lancar.

Jom Baca : Doa Untuk Orang Sakit Cepat Sembuh Jawi & Rumi!


Cara Guna Medical Card

Dah semak kesemua perkara diatas, kita boleh terus buat langkah-langkah yang saya senaraikan dibawah untuk mendapatkan rawatan menggunakan manfaat kad perubatan.

Langkah tersebut adalah seperti berikut:

  1. Mulakan dengan Pemeriksaan di Klinik atau Dokter
  2. Terus ke Hospital Panel
  3. Pengesahan Surat Jaminan (Guarantee Letter)
  4. Setelah Selesai Rawatan Hospital
  5. Discharge

Itulah sahaja step by step cara guna medical card.

Cara guna medical card prudential atau cara guna medical card aia pun sama macam atas tu, jadi tak perlu risau jom cubalah.

Semoga langkah-langkah dan cara guna Medical Card ini membantu anda dalam memudahkan proses mendapatkan rawatan sebaik mungkin dan secepat mungkin jika berlaku musibah kepada anda. Terimakasih.

Baca Pula

Tags

Leave a Comment