Cara Guna Dobi Layan Diri, Senang Je Rupanya!

Admin Radarpena September 13, 2022

Belum pernah guna mesin basuh layan diri? Risau tidak tahu cara menggunakan meain basuh layan diri?

Cara menggunakan mesin basuh layan diri tidak sukar.

Penggunaan mesin basuh ini sama seperti masih basuh di rumah bezanya ialah perlu memasukkan duit sahaja.

Biasanya kalau pertama kali guna satu² benda, kita akan baca arahan (instructions) dulu, Biasanya kat kedai dobi layan diri, akan terpampang besar² arahan penggunaan.

Namun tak usah pusing, berikut kami nak kongsikan cara guna dobi layan diri, dengan betul, jom simak.

Cara Guna Mesin Dobi Layan Diri

1. Tukar Duit Styling Kepada Token

Anda tak boleh guna duit syiling biasa. biasanya ada mesin token. RM 1.00 = 1 token

Harga pula bergantung pada berapa kilogram anda nak basuh. Biasanya saya akan ambil RM 5.00 bersamaan 10kg jika anda memilih cucian sejuk.

Rujuk pada panduan dibawah.

2. Memilih Mesin Basuh

Jika anda telah memilih mesin basuh, sila beri perhatian kepada arahan berikut.

  • Jangan secukup rasa nak keluarkan baju yang dah siap dibasuh yang belum dituntut tuan empunya. Jika semua mesin basuh sudah penuh, tunggu 5 minit barulah baju yang tidak dituntut boleh dikeluarkan dari mesin yang sudah siap dibasuh kerana peraturannya begitu
  • Bezakan antara “Mesin basuh” dan “Pengering (dryer)” sebab dikhuatiri anda akan memalukan diri sendiri kerana Dryer sekadar mengeringkan peluh pada baju anda yang tidak wangi itu.
  • Fungsi dryer: Mengeringkan pakaian selepas dibasuh umpama dijemur dibawah sinaran terik mentari. Jadi, jimat masa dengan hanya dengan RM 4.00 sekali guna. Mudah kan?

Jom Baca : 12 Jenama Mesin Basuh Mini Terbaik Malaysia

3. Bawa Sendiri Sabun dan Pewangi

Saya nasihatkan cucu-cucu sekalian bawalah pencuci baju kerana majoriti dobi tidak menyertakan sekali sabun pencuci dan pewangi/ peluntur/ pelembut pakaian.

Sebaliknya anda perlu membayar RM 1.00 bagi setiap produk di vending machine untuk mendapatkan sabun pencuci, pewangi dan sebagainya.

Di tempat saya washing machine sudah disediakan bersama sabun pencuci didalamnya dan ianya percuma!

4. Basuh dan Keringkan Pakaian Anda

Kalau taknak guna pengering lagi bagus. Membazir sebenarnya. Baik jemur di halaman anda dan gunakan sumber tenaga matahari. Barulah tenaga hijau. Dah siap.

Kebanyakan kedai dobi layan diri 24 jam akan tunjukkan beberapa panduan gunakan mesin dryer.

Ambil masa anda untuk baca dan faham cara guna yang betul.

Jangan hanya melihat gelagat dan kelakuan orang lain, dan anda hanya ikut sahaja ia boleh mendatangkan mudarat kalau anda tidak ambil peduli.

Setiap mesin dobi, dan mesin pengering ada fungsi khas dan tidak sama. Jadi, sila alert benda ni.

Ok. Saya harap tips dan panduan am mengenai cara nak gunakan mesin dryer ini berguna untuk anda. Ingat sebelum kena.

Jangan jadi sesetengah pelanggan yang akhirnya menyesal nak guna mesin dryer ni, walhal ia berpunca dari kesilapan sendiri.

Malas nak taip punya pasal, saya upload sahaja imej gambar tanpa diedit untuk tatapan anda.

Leave a Comment

Artikel Terkait