Cara Daftar & Guna Lalamove Hantar Barang Terkini

Admin Radarpena May 2, 2024

Pernah dengar tentang Lalamove dan gunakan khidmat mereka dalam urusan penghantaran anda?

Lalamove menawarkan khidmat penghantaran dari satu point ke satu point dengan cara terpantas melalui kenderaan yang anda pilih sama ada motosikal, kereta, van, pickup ataupun lori.

Lalamove bertindak sebagai kurier antara pelanggan dengan pemandu/rider dalam proses penghantaran barang melalui aplikasi atau laman web mereka. 

Lalamove berkembang pantas ketika musim pkp ini bukan hanya di Malaysia malahan di negara-negara lain yang mana perkhidmatan Lalamove ini ditawarkan seperti negara jiran kita Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan malahan di negara USA, Brazil & Mexico. 

Cara Daftar Lalamove Malaysia

  1. Mula-mula anda kena download apps Lalamove samaada melalui Playstore, App Store ataupun melalui laman web Lalamove. Untuk download anda boleh klik pada link ini –> Download Lalamove
  2. Kemudian anda boleh mendaftar samaada melalui akaun facebook, google ataupun melalui emel anda. (Tapi nombor telefon adalah benda wajib ada untuk mendaftar dengan Lalamove ini)
  3. Setelah selesai mendaftar, anda sudah boleh untuk menggunakan khidmat Lalamove ini.

Jom Baca : 5 Cara Share Kredit Digi ke Semua Telco [Terkini]


Cara Guna Lalamove Hantar Barang Malaysia

Setelah anda mendaftar maka anda sudah boleh untuk gunakan khidmat Lalamove ini untuk hantar barang.

Sebagai contoh saya akan tunjukkan cara guna perkhidmatan lalamove dengan menggunakan motosikal.

  1. Langkah pertama anda buka apps Lalamove
  2. Anda perlu login ke akaun anda,
  3. Seterusnya ia akan membawa ke page di mana anda perlu tentukan tempat pick-up dan tempat untuk barangan itu dihantar.
  4. Anda boleh memilih samaada untuk menghantar barangan pada waktu itu juga ataupun pada waktu lain. (Untuk kes saya ini, saya memerlukan rider untuk menghantar barang pada waktu ini juga dan saya memilih iaitu pickup ASAP (as soon as possible).
  5. Setelah itu anda perlu memilih tempat untuk rider/driver pickup barang tersebut. (di sini saya masukkan alamat dan akan keluar ‘map’ untuk pastikan bahawa alamat itu adalah sama seperti di dalam map untuk rujukan rider/driver nanti)
  6. Masukkan sekali nombor rumah/ofis dan juga nombor telefon untuk dihubungi.
  7. Setelah itu anda tekan pada ‘confirm the drop confirmation’ sebagai konfirmasi tempat rider/driver pickup nanti. 
  8. Selanjutnya, anda perlu pilih alamat barang perlu dihantar pada ruangan Where to.
  9. Masukkan alamat dan info yang dikehendaki, dan pilih dalam map supaya lebih tepat.
  10. Jika nak hantar barang yang sama pada 2-3 tempat anda hanya erlu klik ada + Add shop dan masukkan alamat
  11. Lanjut, klik pada Select vehicle untuk pilih kenderaan yang nak guna untuk penghantaran ni.
  12. Setiap kenderaan sudah ditunjukkan Limitation mengikut saiz dan berat objek.
  13. Selepas memilih kenderaan akan keluar jumlah caj yang dikenakan. Akan ada beberapa servis tambahan ditawarkan dan setiap tambahan akan ditambah servic caj
  14. Setelah berpuas hati klik Check out
  15. Anda boleh pilih samada buat pembayaran secara tunai atau online

NOTA :

Pada bahagian info rider/driver ada nama dan no plat kenderaan.

Jika ada apa-apa pertanyaan semasa penghantaran boleh hubungi mereka kerana disediakan butang call dan chat.

Kebiasaan mereka akan call sekiranya sudah dekta dengan kawasan penghantaran.

Dan paling penting anda boleh lihat live location mereka berada semasa penghantaran.

Apabila barang sudah selamat sampai anda akan mendapat notifikasi melalui telefon. Mudahkan!


Cara Dapatkan Coupon Lalamove

Dengan setiap RM1 yang dibayar untuk kos penghantaran, anda akan mendapat 1 mata lalamove coupon.

Dengan mata yang tertentu anda boleh menebus ganjaran dari lalamove coupon.

Bagi lalamove first time user promo dan penghantaran kali pertama, anda akan mendapat 1000 mata lalapoint.

Antara ganjaran lalamove promo code malaysia yang ditawarkan adalah seperi berikut:

Kupon Lalamove:

  1. Kupon Lalamove RM3
  2. Kupon Lalamove RM5
  3. Kupon Lalamove RM10
  4. Kupon Lalamove RM15

e-Baucar Gaya Hidup: 

  1. e-Baucar Adidas Malaysia RM20

e-Baucar F&B: 

  1. e-Baucar Black Whale RM10
  2. e-Baucar Eat Cake Today RM10
  3. e-Baucar Salad Atelier RM10
  4. e-Baucar Starbucks Malaysia RM30
  5. e-Baucar TGI Fridays RM100

Jom Baca : [Berjaya] Cara SOS topup U MOBILE | Terkini

Bagi membolehkan anda menebus ganjaran ini, anda perlu mendaftar akaun sebagai pengguna lalamove terlebih dahulu.

Anda boleh mendaftar akaun anda dengan menggunakan aplikasi mudah alih atau melalui web lalamove, Seperti yang dijelaskan di atas. Selamat Mencuba semoga berjaya.

Originally posted 2022-09-11 01:50:36.

Leave a Comment

Artikel Terkait