[Mudah] Belajar Loghat Kelantan | Kata Ganti Diri

Puteri July 14, 2023

Bahasa Melayu Kelantan atauu juga dikenali sebagai “kecek Kelate” ialah bahasa khas yang digunakan di negeri Kelantan, Malaysia.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan koleksi loghat kelantan atau loghat kelate untuk panduan anda.

Bagi mereka yang mencari loghat kelantan translate atau kamus loghat kelantan boleh anda dapati di sini.

Kamus Loghat Kelantan

Berikut adalah senarai kamus loghat kelantan atau translate loghat kelantan untuk memudahkan anda.

LoghatArtiLoghatArti
agah / hagahSombonganbetakkenyang
api stok(api stop)traffic lightbetap waklembap
asore bodimotorabiru kketubiru yang amat sangat
awepanggilan manja kepada orang lelakiblebeberleter
awe sejambo lebaksatu watak dalam drama main tteribocah / bocehbuncit
basah jjerokbasah kuyup / lecunbojengfesyen rambut
bbagehkaedah pengubatan tradisi / jampibbokbuku
balohberkelahibokalibarangkali
bbiniberkawinbokbongcempelai
bojengguting rambutbronabudak
borakmerebakbuah speleksesuatu
beduarasa ingin marah / bencibuah topohbuah epa
bekwohkenduribuah zabikkismis
belabik(siapa tahu tolong jelaskan)buat nyayomenyiksa
belengahmelekitbuje / oghe bujejanda

Bunga Bahasa Loghat Kalantan

Di dalam bahasa loghat kelantan ada beberapa bunga bahasa yang unik dan menarik,antaranya

YAK = opocot / oops!!
DEH? = lebih kurang “OK??”  akhir kata utk mencapai persetujuan or mintak izin..
GAK = lebih kurang “habis tu..” atau “so?’
PAH? =  lebih kurang sama maksud dgn “GAK” / “lepas tuh”
HO bunyi bersabdu sikit = “ya lah /yup/yes
DOK / DOCK = lebih kurang “bukan?” / “betul tak?” or “isn’t it?

Perkataan Loghat Kalantan yang dianggap Tak Senonoh

Ada beberapa Perkataan dalam loghat kelantan yang di anggap tak manis di dengar di tempat lain,antaranya

CEBOCK : “cedok” selalunya utk cecair,mencedok air.. Ada tempat sebelah pantai Barat membawa maksud “ ISTINJA”

PPATAK : membawa maksud “paling bawah” (ppatak periuk). Mencarut bagi sesetengah tempat

KOTER : kelapa tua yang kering tak berair “nyo koter” . setengah tempat di anggap mencarut

TTINO :kata nama utk perempuan tapi bila sebut BETINA ramai yang marah.

Baca Juga : Loghat Kedah | Contoh Maksud & Ayat Sehari Hari

Belajar Loghat Kelantan

SAYA: kawe, ambo, kito

AWAK: demo, awe (untuk lelaki),che mek (untuk perempuan), awok

SEGERA: slalu (sla looh)

SEMALAM: kemaghin (ke ma ghin) (yesterday)

MALAM TADI: semale (se ma ley)

ABANG: abe (aa bae)

KAKAK: che kak, kak

IKAN: ike (ee kae); ike todok (ikan todak)

AYAM: aye (aa yae); contoh: aye katik, aye seghamo (serama)

JAMBATAN: ghetok (ghe tok – gertak)); contoh: ghetok Sute Yahyo (Jambatan Sultan Yahya)

MAKAN: make (maa kae)

DATANG: maghi (maa ghi)

ROJAK: colek (collek)

SATU: so (macam sos tapi buang s kat belakang jadi so)

Itu ja setakat nie, mohon maap kalau ada kesalahan, semoga bermanfaat.

Originally posted 2022-05-03 14:06:00.

Leave a Comment

Artikel Terkait