5 Pelaburan Emas Terbaik di Malaysia & DiPercayai!

Admin Radarpena October 11, 2022

Pelaburan emas hari ini bukan sahaja boleh dilakukan dengan membeli logam bermula secara fizikal.

Perkembangan teknologi hari ini membolehkan anda melabur dalam emas dalam talian.

Kewujudan pelaburan emas dalam talian membolehkan anda membeli emas bermula dari saiz 0.1 gram.

Anda boleh melakukan pelaburan emas dalam talian ini dengan mudah melalui peranti atau telefon pintar dengan sambungan internet.

Dengan kemudahan yang ada hari ini, anda boleh melabur dalam emas dalam talian melalui pelbagai aplikasi pelaburan atau e-commerce.

Berikut adalah permohonan pelaburan emas terbaik malaysia yang boleh anda gunakan.

Senarai Pelaburan Emas Terbaik di Malaysia

1. Emas Fizikal

Emas fizikal ni ada beberapa jenis seperti jongkong emas, syiling emas dan barang kemas emas.

Mungkin ada segelintir korang terkejut yang ada lebih suka emas fizikal dari digital pada zaman sekarang ni?

Rupa-rupanya, ada yang lebih gemar emas fizikal sebab sifat dia yang unik (saiz dan design yang menarik!).

Jom Baca : 12 Kedai Emas Paling Lengkap dan Murah di Kuala Lumpur

2. Saham

Saham perlombongan emas ni lain sikit dari yang lain.

Korang bukan beli emas tapi melabur dekat syarikat yang buat perlombongan emas.

Sebab tu, pulangan untuk jenis pelaburan emas ni bergantung ikut prestasi syarikat – di situlah korang dapat dividen.

3. Gold ETF

Sama cam saham perlombongan emas, korang hanya melabur dalam ETF yang disokong oleh emas.

Basically, jenis ni adalah ETF komoditi yang mengesan dan ikut harga emas.

Gold ETF ni sesuai kalau korang baru nak mula atau nak kurangkan risiko pelaburan yang lain.

Sebagai contoh, katakan korang ada beberapa portfolio pelaburan yang berisiko tinggi.

Korang pun tengah usaha cari cara untuk kurangkan risiko kerugian. Jadi, korang pun pilih untuk melabur dalam gold ETF.

Jom Baca : 25 Kedai Emas Murah dan Dipercayai di Johor

4. Gold Investment Account

Untuk jenis ni, korang perlu buka akaun pelaburan emas di bank.

Ada beberapa pelabur suka cara ni sebab boleh beli 99.9% emas tulen secara digital.

Antara bank yang offer servis ni adalah:

  1. Maybank
  2. Public Bank
  3. CIMB Bank
  4. UOB
  5. HSBC Bank
  6. Kuwait Finance House.

Korang boleh keluarkan pelaburan ni dalam pelbagai jenis sama ada secara tunai, emas fizikal atau transfer ke dalam akaun semasa/simpanan masing-masing. 

Cuma, korang kena ingat yang akaun pelaburan emas ni takde faedah, dividen dan tak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Bank pun akan ada yang caj korang untuk bayar upah penukaran dan perkhidmatan.

5. Shopee Gold

Aplikasi pelaburan emas dalam talian yang dipercayai, kali ini terdapat Shopee yang turut bekerjasama dengan Public Gold dalam mengendalikan perkhidmatan pelaburan emas secara dalam talian.

Sebagai tambahan kepada kos tambah nilai minimum yang rendah, anda juga boleh membeli dan menjual emas dengan mudah dan mengikut harga emas di Public Gold.

Leave a Comment

Artikel Terkait