10 Senarai Pulau di Malaysia Yang Menarik Untuk Percutian

Ertugrul

Mencari pulau di Malaysia untuk anda singgah bercuti? Pulau-pulau di Malaysia bukan sahaja banyak jumlahnya, tetapi cukup cantik.

Setiap negeri di Malaysia mempunyai pulau-pulau yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Hal ini jelas menunjukkan punca mengapa ramai pelancong kerap memilih pulau sebagai destinasi percutian mereka.

Tidak tahu pulau mana yang mahu dituju semasa bercuti? Jangan risau, berikut kami senaraikan 25 pulau di Malaysia yang menarik untuk anda. Teruskan membaca!

1. Pulau Tioman

Imej via Foursquare

Terletak di Rompin, Pahang, Pulau Tioman ini merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Namanya juga cukup tersohor sebagai tarikan pelancongan di Pahang.

Aktiviti snorkeling merupakan aktiviti yang wajib anda lakukan jika ke sini. Hidupan laut yang pelbagai juga dapat anda terokai sambil snorkeling, satu pengalaman yang pasti menyeronokkan!

Untuk ke sini, anda perlu membayar tiket masuk berharga RM 5 sahaja. Ianya berbaloi dengan kecantikan pulau yang sangat terpelihara ini.

Alamat: 26800 Pulau Tioman, Pahang


2. Pulau Pangkor

Imej via Foursquare

Sebut sahaja pulau di Perak, semestinya nama Pulau Pangkor akan terlintas di fikiran ramai. Tidak dinafikan, Pulau Pangkor ini memang sangat terkenal bukan sahaja di Perak, malah di Malaysia.

Airnya yang jernih dan membiru, pasir halus yang bersih dan suasana yang cukup menenangkan minda merupakan antara faktor Pulau Pangkor ini sentiasa diserbu pelancong.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah snorkeling, berenang, berkayak, dan memancing. Pangkor Laut Resort yang merupakan resort mewah bertaraf dunia juga terletak di sini.

Alamat:  32300 Pulau Pangkor, Perak


3. Pulau Sembilan

Imej via Orang Perak

Terletak di Perak, Pulau Sembilan ini juga merupakan antara pulau di Perak yang tercantik. Agak-agak apa yang membuatkan ia begitu istimewa?

Pulau yang turut dikenali dengan nama Blue Tears ini akan mengeluarkan cahaya berwarna biru pada waktu malam, memang unik. Peristiwa ini jarang-jarang dijumpai di pulau-pulau lain.

Ianya terjadi disebabkan oleh kewujudkan organisma laut yang dikenali dengan nama Phytoplankton. Untuk merasai pengalamannya, jangan lupa singgah di sini jika berkesempatan.

Alamat: Bagan Datuk, Perak, Malaysia


4. Pulau Langkawi

Imej via Foursquare

Kami yakin pasti ramai pembaca di sini tahu tentang mercu tanda burung helang atau Dataran Lang di Kedah bukan? Ianya adalah mercu tanda di pulau yang cukup tersohor ini – Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi.

Terdapat lebih 99 pulau yang boleh dijumpai di pulau ini. Hidupan laut yang pelbagai spesis juga boleh ditemukan, tambahan pula jika anda melakukan aktviti snorkeling atau menyelam skuba. seperti dikutip dari Bosburung.com

Resort dan hotel di sini juga tidak terkecuali. Ianya cantik, mewah dan servisnya juga cemerlang. Pendek kata, perjalanan pelancongan anda di sini dijamin menarik disebabkan oleh tarikan-tarikan ini!

Alamat: 07000 Langkawi, Kedah


5. Pulau Payar

Imej via Foursquare

Pulau Payar – nama pulau yang sudah tidak asing lagi buat peminat snorkeling. Ianya merupakan tapak snorkeling dan menyelam yang terkenal dengan terumbu karang yang eksotik.

Disebabkan oleh kepelbagaian spesis hidupan laut di sini, Pulau Payar juga adalah kawasan semulajadi yang dilindungi. Disebabkan itu, kawasan penginapan tidak disediakan di sini.

Dari Jeti Kuah di Langkawi, perjalanan ke pulau ini mengambil masa sekitar 1 jam. Seterusnya, anda perlu teruskan perjalanan ke Taman Laut yang merupakan penempatan utama untuk Pulau Payar.

Alamat: Pulau Payar, Kedah, Malaysia

Baca Juga : 10 Taman Tema Air di Malaysia Yang Menyeronokkan


6. Pulau Bunting

Imej via Foursquare

Berada sekitar Yan, Kedah? Pulau yang wajib anda singgah jika berada di sini ialah Pulau Bunting. Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah fakta unik tentang nama pulau ini.

Ianya digelar Pulau Bunting disebabkan oleh bentuknya yang menyerupai bentuk wanita hamil jika dilihat dari Pekan Yan. Pulau ini juga mempunyai jambatan yang tersendiri, namun ia ditutup pada November 2018.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini termasuklah bermandi-manda dan bersiar-siar di pulau ini dengan menaiki teksi air yang boleh disewa.

Alamat: Pulau Bunting, Yan, Kedah


7. Pulau Jerejak

Imej via Instagram

Pernah melihat gambar tangga langit di sebuah pulau yang tular di media sosial? Lokasi tangga langit itu terletak di pulau ini – Pulau Jerejak.

Bukan itu sahaja, buaian ala-ala di Bali, Jeti Pelangi dan Taman Bunga LED juga merupakan antara tarikan di pulau ini. Pemandangan matahari terbenam di pantainya juga turut menarik perhatian ramai.

Bertempat di Pulau Pinang, tempoh perjalanan ke pulau ini ialah sekitar 10 minit sahaja jika anda menaiki feri dari pulau. Jangan lupa untuk bergambar sepuas-puasnya!

Alamat: Pulau Jerejak, Bayan Lepas, Pulau Pinang


8. Pulau Tikus

Pulau Tikus ini dinamakan bersempena dengan bentuk batunya yang kelihatan seperti tikus. Pulau kecil yang terletak di George Town ini terletak antara pusat bandar dan Tanjung Tokong.

Pulau ini bukan sahaja terkenal disebabkan oleh kecantikannya, malah tarikan utama di sini iaitu street food Penang juga turut diakui ramai penduduknya.

Hidangan seperti Chee Cheong Fun, Pasembor dan rojak merupakan antara street food yang diburu ramai pelancongnya. Alang-alang bersiar-siar di pulau ini, jangan lupa untuk cuba!

Alamat: 10350 George Town, Pulau Pinang


9. Pulau Kapas

Imej via Foursquare

Satu lagi pulau di Malaysia yang merupakan antara pulau tercantik di Terengganu ialah Pulau Kapas. Pulau ini terletak di daerah Marang.

Pulau ini digelar Pulau Kapas disebabkan oleh warna pasirnya yang putih yang kelihatan seperti kapas. Hal ini jelas membuktikan yang pulau ini bersih dan terjaga.

Aktiviti yang popular di sini termasuklah snorkeling, menyelam dan bermandi-manda. Kebanyakannya diuruskan oleh agensi pelancongan, jadi pilih sahaja mana-mana agensi untuk merancang aktiviti anda di sini.

Alamat: 21600 Marang, Terengganu


10. Pulau Redang

Tadi di daerah Marang, kali ini pula di daerah Kuala Terengganu. Tidak dinafikan, pulau-pulau di Terengganu bukan sahaja banyak, malah cantik-cantik belaka.

Pulau Redang ini terkenal dengan air lautnya yang jernih serta persekitarannya yang bersih. Selain Pulau Kapas dan Pulau Perhentian, pulau ini juga merupakan antara tempat menyelam yang popular di sini.

Baca Juga : 10 Pulau di Terengganu Yang Menarik dan Cantik

Pulau Redang merupakan pulau yang dilindungi yang terletak di Taman Laut Terengganu. Taman laut ini bertujuan untuk melestarikan ekosistem dan biokepelbagaian spesis flora dan fauna di Pulau Redang.

Alamat: 21090 Kuala Terengganu, Terengganu

Originally posted 2022-01-10 14:42:06.

Baca Pula

Tags

Leave a Comment