Cara Buat Temujanji Bank Rakyat Online eAppointment Terkini

Khalysha July 24, 2023

Bank Rakyat telah mengemaskini dan memperkenalkan sistem e-Janji Temu atau e-Appointment bagi memudahkan urusan pelanggan di setiap cawangan, terutamanya dalam tempoh pandemik ini.

Bagaimanakah cara membuat janji temu secara online untuk berurusan di kaunter Bank Rakyat secara fizikal?

Berikut kami kongsikan caranya.

Jenis Perkhidmatan Untuk Temujanji Online

Anda boleh memilih sama ada ingin membuat janji temu bagi urusan di bawah:

  • Ar-Rahnu
  • Transaksi Perbankan

Sekiranya Anda memilih transaksi perbankan, berikut adalah senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan:

  1. Pembukaan Akaun: Buat atau daftar akaun baru Bank Rakyat (Akaun Simpanan-i, Semasa-i, Deposit-i Berjangka, iRakyat dan iBiz)
  2. Deposit Syiling: Perkhidmatan deposit duit syiling (hanya terdapat di cawangan tertentu sahaja)
  3. Permohonan Pembiayaan-i: Permohonan pembiayaan untuk Sewa Beli-i, Perumahan-i, Perusahaan Kecil dan Sederhana, Peribadi-i
  4. Susulan Kredit (Bayaran Ansuran / Perundingan): Bayaran ansuran pembiayaan atau sebarang khidmat nasihat / rundingan dengan pihak bank
  5. Penghantaran Wang (IBG / Rentas / Remittance): Pengiriman wang melalui sistem (IBG/Rentas) di kaunter
  6. Perkhidmatan Tabung Haji: Pembukaan akaun baru Tabung Haji, Proses deposit / pengeluaran akaun, Pindahan wang antara akaun Tabung Haji, Pendaftaran Haji
  7. Penggantian Kad Debit-i: Proses penggantian Kad Debit-i boleh dibuat sekiranya kad rosak, kad hilang/dicuri, terlupa nombor pengenalan persendirian atau tersilap menghubungkan no akaun
  8. Permohonan Penyata Akaun: Permohonan untuk penyata akaun simpanan, penyata akaun pembiayaan atau penyata penjelasan akaun pembiayaan
  9. Pengeluaran / Simpanan: Pengeluaran atau Simpanan bagi akaun Deposit-i Berjangka

Baca Juga : 8 Cara Dapatkan Penyata Bank / Statement Bank Semua Bank Malaysia

Cara Permohonan Temujanji Bank Rakyat Online

Untuk membuat temujanji online di kaunter Bank Rakyat, sila ikuti langkah berikut:

  • Pilih Negeri dan Jenis Perkhidmatan yang mahu dilakukan.
  • Pilih Kaunter Cawangan Bank Rakyat yang mahu Anda kunjungi.
  • Pilih Tarikh dan Masa yang tersedia dalam jadual.
  • Lengkapkan maklumat Butiran Diri pada ruangan yang disediakan.
  • Semak semula semua butiran temujanji yang telah Anda masukkan dan buat pengesahan untuk menetapkan tarikh temujanji.
  • Pastikan Anda menunjukkan tangkap layar (screen shot) atau mesej temujanji atau email bukti pengesahan apabila Anda pergi ke kaunter Bank Rakyat bagi memastikan Anda dapat berurusan dengan cepat dan pantas.

Catatan :

  1. Anda akan dimaklumkan melalui notifikasi permohonan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa janji temu yang ditetapkan.
  2. Anda dinasihatkan agar mematuhi saranan Kerajaan dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan pensanitasi tangan.
  3. Anda dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk utama dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Cara Membatalkan Tempahan Janji Temu

Anda boleh buat pembatalan janji temu yang telah Anda buat. Langkah cara membatalkan temujanji Bank Rakyat online.

  1. Sila lawati pautan https://appointment.bankrakyat.com.my
  2. Klik Semak Janji Temu
  3. Masukkan nombor tem

Untuk maklumat lanjut tentang temujanji online Bank Rakyat, sila rujuk laman web rasmi Bank Rakyat di : https://appointment.bankrakyat.com.my/

Anda juga mengemukakan sebarang permasalahan di saluran berikut:

Semoga bermanfaat.

Originally posted 2022-05-13 03:52:10.

Leave a Comment

Artikel Terkait