U Mobile Video-Onz : Nikmati Streaming 24/7 [Khusus Langgan Umobile]

Khalysha June 20, 2023

U Mobile sebelum ini telah sedia memperkenalkan sokongan penstriman untuk YouTube pada tengah-malam tanpa had, dan hari ini, mereka membuat sedikit perubahan, dan memperkenalkan penawaran terbaru daripada mereka yang dinamakan sebagai U Mobile Video-Onz.

Melalui U Mobile Video Onz, mereka menawarkan penstriman tanpa had untuk beberapa perkhidmatan video – 24 jam sehari.

Tetapi, ia hanya terhad untuk pengguna pelan pascabayar P70, i98 dan juga i130 sahaja.

Mau tau maklumat seterusnya? lihat penjelasan berikut;

Apa itu Video-Onz?

Video-Onz ialah perkhidmatan yang membolehkan anda menstrim video daripada perkhidmatan video popular tanpa menggunakan pelan kadar data anda.

Anda juga boleh memuat naik video ke Facebook Live dan Twitter tanpa menggunakan pelan data anda.

Berikut ialah senarai yang boleh anda strim menggunakan Video-Onz:

  1. YouTube
  2. Facebook Live
  3. Twitter
  4. Dailymotion
  5. Youku Tudou
  6. Unifi playTV app
  7. iflix
  8. Viu
  9. Tonton
  10. Astro GO
  11. Dimsum entertainment
  12. MOX
  13. KOOCAN
  14. ErosNow
  15. HeroTalkies
  16. YuppTV
  17. Crunchyroll
  18. Viki
  19. BFM
  20. The Edge TV
  21. Pocketimes
  22. OnFM
  23. Starlive

Berkenaan untuk Facebook Live dan video yang dihoskan di Facebook (untuk kedua-dua muat naik dan penstriman) sahaja.

Berkenaan untuk video yang dihoskan di Twitter (untuk kedua-dua muat naik dan penstriman) sahaja.

Perkhidmatan Video-Onz ditawarkan secara PERCUMA kepada pelanggan Pascabayar dan Prabayar yang layak. Data percuma untuk promosi penstriman video ditawarkan sehingga notis selanjutnya.

Catatan : Strim video anda dioptimumkan dalam resolusi video definisi standard. Rakan kongsi Video-Onz kami akan melaraskan resolusi video dengan sewajarnya untuk pengalaman penstriman video optimum pada peranti anda.

Bagaimanakah boleh mendapatkan Video-Onz?

Semua pelanggan Pascabayar (suara/broadband) yang layak mendapat Video-Onz secara automatik dalam rancangan mereka.

Pelanggan prabayar mendapat Video-Onz dengan pembelian pakej data UMI/MB.

Pelan Kadar Layak Video-Onz

Selain itu pihak U Mobile juga turut menawarka langganan HyppTV dan Viu secara percuma untuk dua bulan. semoga bermanfaat.


Maklumat lain Soal Umobile :

  1. Cara Top Up U Mobile 
  2. Cara Check Baki UMobile
  3. Cara SOS topup U MOBILE
  4. Cara Setting APN UMobile 3G/4G/5G

Originally posted 2022-04-14 09:07:50.

Leave a Comment

Artikel Terkait