Cara Buat Unlimited Data Semua Telco | Umobile, Digi, Maxis Dll

Murshid Khalysha

Unlimited Data ialah perkhidmatan langganan prabayar untuk data pada telefon bimbit anda.

Sekarang ni sudah banyak pihak telco memperkenalkan unlimited internet jika korang gunakan pada smartfon tu sendiri. 

Lalu bagaimana cara buat unlimited data ?

Sebagai contoh korang lihat plan Umobile di bawah.

Jika anda lihat plan GX68 dan GX50 mempunyai unlimited data. Tapi anda perlu tahu unlimited data jika anda gunakan pada telefon tu sendiri.

Jika anda buat hotspot dan share wifi pada telefon yang lain, ia ada quota iaitu sebanyak 5GB.

Jadi, tutorial kali ni saya nak tunjukkan kepada anda, bagaimana nak jadikan hotspot 5GB tu kepada unlimited data, simak maklumat berikut.

Syarat & Terma Berlaku

  1. Telco yang dipakai mestilah postpaid bukannya prepaid
  2. Pakej yang anda guna sekarang ni adalah unlimited kouta tapi tidak unlimited jika buat wifi/hotspot
  3. Android dan iOS boleh digunakan sebagai wifi tapi untuk sambung pada laptop/PC dan laptop/PC mestilah yang Windows sahaja. Untuk MAC anda boleh cuba.
  4. Sambungan wifi mestilah dari phone ke laptop. Phone ke phone tak berkesan cara ini.

Jom Baca : U Mobile Video-Onz : Nikmati Streaming 24/7 [Khusus Langgan Umobile]

Cara Buat Unlimited Data Hotspot

 Sila ikut satu persatu tanpa skip step yang ditunjukkan.

Langkah 1 Sambungkan wifi/hotspot dari telefon ke laptop.

Langkah 2 Bina satu folder baru di ruang desktop untuk senang manage. Caranya right click pada desktop dan klik new folder.

Langkah 3 Dalam folder baru tersebut, kita bina pula text baru. Caranya klik pada folder yang telah kita bina sebentar tadi, kemudian right click dan pilih New ➡ Text Document

Kemudian, rename new text document kepada apa saja nama yang kita mahu. Sebagai contoh saya rename kepada nama “bypass quota.txt”

Langkah 4 Langkah seterusnya, buka text file bypass quota.txt (nama yang saya rename) dan masukkan text berikut ke dalamnya

netsh int ipv4 set glob defaultcurhoplimit=65
netsh int ipv6 set glob defaultcurhoplimit=65
pause

Langkah 5 Save as sebagai bypass quota.cmd. Ikut nama file yang telah anda rename sebentar tadi. Jika anda rename sebagai unlimited.txt save as sebagai unlimited.cmd dan begitulah seterusnya.

Caranya pergi ke File ➡ Save As

Kemudian dia akan keluar popup seperti berikut.

Letakkan extension sebagai cmd dan klik save.

Jom Baca : Cara Setting APN UMobile 3G/4G/5G Paling Laju 2022

Langkah 6 Sekarang ni korang akan lihat ada dua file. Right click pada cmd extension.

Kemudian klik pada Run as administrator.

Langkah 7 Kemudian ia akan keluar popup seperti berikut. Klik Yes untuk teruskan.

Kemudian, akan keluar pula command seperti di bawah.

Klik mana-mana papan kekunci untuk teruskan.

Sekarang ni anda boleh gunakan laptop anda dengan menggunakan wifi phone tanpa ada masalah kouta.

Itulah maklumat mengenai cara buat unlimited data hotspot untuk semua telco, bisa digunakan untuk

Jom Baca : [Berjaya] Cara SOS topup U MOBILE | Terkini 2022

Itulah maklumat mengenai cara buat unlimited data hotspot untuk semua telco, bisa digunakan untuk membuat unlimited data umobile, unlimited data digi dan telco lainnnya. semoga bermanfaat.

Originally posted 2022-04-14 09:34:50.

Baca Pula

Tags

Leave a Comment