TOP 10 Jenama Probiotik Yang Bagus Pengiktirafan KKM

Admin Radarpena March 19, 2024

Suplemen probiotik dan prebiotik berguna untuk mengekalkan bakteria baik, mengurangkan kembung, dan sangat penting, meningkatkan sistem imun.

Pakar mengesyorkan memilih produk probiotik dengan sekurang-kurangnya 1 bilion unit pembentukan koloni (CFU) setiap dos harian.

Penyelidikan menunjukkan beberapa strain lebih berkesan daripada yang lain untuk merawat keadaan tertentu.

Oleh itu, lebih baik memilih probiotik yang akan mencapai kesan tertentu yang anda mahukan.

Berikut adalah cadangan untuk suplemen probiotik untuk kesihatan usus.

Ada yang khusus untuk wanita, kanak-kanak kepada mereka yang suka melancong.

Senarai Jenama Probiotik Terbaik & Berkualiti

1. Bio-Life Imunix Probiotics

Sememangnya tidak ada banyak Probiotik untuk kanak – kanak selain GKB, Bio-Life juga telah menyediakan Prebiotik dan Probiotik yang sempurna dengan Bio-Life AB Junior Pre & Probiotics.

Produk Bio-Life Imunix Probiotics ini mengandungi dua strain bakteria dari jenis Lactobacillus acidophilus NCFM® dan Bifidobacterium lactis BL-04.

Jangan risau probiotik Bio-Life Imunix ini telah mendapat pengiktirafan dari KKM (MAL19056051NCR).


2. PureMed Symplus Capsule

Produk probiotik PureMed Symplus ini mempunyai 18 strain bakteria antaranya Lactobacillus plantarum, Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei.

Strain-strain bakteria ini mendapat pengiktirafan GRAS (Generally Recognized as Safe) oleh U.S Food & Drug (FDA).

Bakteria baik ini bagus untuk kesihatan penghadaman serta sistem imunisasi badan.

Selain itu, dapat melindungi badan daripada simptom ketidakseimbangan bakteria seperti perut kembung, keletihan selepas makan, sembelit dan cirit-birit.

Jangan risau semua kandungan bakteria probiotik PureMed Symplus ini telah mendapat pengiktirafan dari KKM (MAL16125052NCR).


3. GKB G-Pro Probiotics

GKB G-Pro adalah gabungan 8 strain yang direka khas untuk perlindungan gastrousus. 

Produk ini dikilangkan dikilang Excel Herbal Industries Sdn Bhd yang memiliki sijil amalan pengilangan baik (GMP) dan sijil Food Safety Management System ISO 22000:2005.

Produk ini juga mempunyai dos yang agak tinggi bagi setiap hidangan.

Produk ini juga boleh didapati secara atas talian pada harga yang berpatutan.

Probiotik GKB G-Pro ini telah mendapat pengiktirafan dari KKM (MAL19076106NCR).

Jom Baca : 12 Jenama Beras di Malaysia Murah dan Berkualiti!


4. Enterogermina Liquid Probiotic 5ml

Produk Enterogermina mengandungi bakteria Poly-antibiotic resistant Bacillus clausii dalam bentuk spora yang tahan kepada asid perut.

Produk ini bercirikan cecair mudah diminum yang sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak mempunyai rasa, bau dan pewarna.

Produk probiotik ini dikilangkan oleh Sanofi S.p.A yang terletak di Itali yang telah lama bertapak dalam industri farmaseutikal dan mempunyai fasiliti R&D sendiri.

Jangan risau probiotik Enterogermina ini telah mendapat pengiktirafan dari KKM (MAL12085088NCR).


5. LACTO-5

Lacto-5 adalah produk Probiotik Malaysia pertama yang paling sesuai yang disyorkan di farmasi.

Tidak perlu penyejukan. Ia membantu meningkatkan pencernaan, meredakan cirit-birit dan simptom sembelit, menguatkan sistem imun, mengurangkan intoleransi laktosa dan meningkatkan penyerapan mineral.

Lacto-5 mempunyai 5 stran probiotik yang boleh mengekalkan kesihatan usus iaitu Lactobacillus acidophilus, Bacillus subtillis, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium longum dan Streptococcus thermophilus.

Cara penyimpanannya juga sangat mudah, tidak memerlukan peti sejuk untuk tujuan penyimpanan.

Cara pemakanan untuk produk ini adalah satu kapsul sehari selepas makan bagi dewasa dan kanak-kanak.

Jangan risau probiotik Lacto-5 ini telah mendapat pengiktirafan dari KKM (MAL09072807XC).

Jom Baca : 13 Senarai Susu Untuk Ibu Mengandung Terbaik dan Murah!


6. 21st Century Probiotics

21st Century Probiotic terdapat dalam kapsul sayuran yang mudah bagi perut anda menghadam kapsul dan mengandungi empat jenis probiotik iaitu Lactobacillus Acidophilus, Lactobacillus Salivarius, Bifidobacterium Bifidum, Streptococcus Thermophilus

Yang membantu dalam memastikan kesihatan usus anda.

21st Century Probiotic dihasilkan di Amerika Syarikat dan kilang diaudit oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS ataupun Food & Drug Administration (FDA).

Cara pengambilannya mudah saja. Sehari satu kapsul setiap kali selepas makan atau dapatkan saranan dari ahli farmasi atau doktor.

Paling penting probiotik 21st Century ini telah mendapat pengiktirafan dari KKM (MAL07050889XR).


7. Borammy Pet Supplement Probiotics

Bukan sahaja manusia yang menghadapi masalah penghadaman, haiwan juga mengalami masalah yang sama.

Jika ada di antara anda memelihara haiwan seperti anjing atau kucing dan mengalami masalah penghadaman, produk ini adalah jalan penyelesaiannya.

Ini kerana probiotik Borammy Pet Supplement ini dapat menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.

Selain itu, probiotik ini juga dapat merawat masalah cirit-birit, muntah-muntah dan obesiti.

Cara pengambilan probiotik ini adalah 1-3 tablet sehari untuk anak kucing dan anak anjing.

Manakala untuk anjing dan kucing dewasa pula, 3-6 tablet sehari dan untuk anjing spesis yang bersaiz besar, 6-12 tablet sehari.

Jom Baca : Harga & Kebaikan Susu Fernleaf Malaysia Terkini!


8. Atomy Probiotics 10+

Probiotik dalam bentuk serbuk memberi anda pilihan terbaik dalam menjadikan pengambilan probiotik harian anda lebih mudah.

Hanya campurkan dengan air atau tuangkan ke dalam mulut dengan mudah.

Atomy Probiotics 10+ mengandungi 3 bilion probiotik dengan 13 jenis Lactobacilli dengan fungsi yang berbeza dicampur bersama.

Atomy Probiotics+ merupakan salah satu produk MLM dengan harga yang berpatutan.


9. NowFoods Probiotic-10 25 Billion

Jenama probiotik ini telah disahkan secara klinikal dapat menyokong fungsi sistem imun yang sihat.

Antara kebaikan dan fungsi probiotik jenama ini ialah dapat membantu mengekalkan integriti lapisan usus dan menyokong motilitas usus yang betul.

Now Foods Probiotic-10 terdiri daripada 10 jenis probiotik yang mesra asid untuk memastikan kesihatan usus anda.

Ia bebas susu, soya dan gluten yang sesuai untuk mereka yang alah kepadanya.

Produk probiotik ini hanya boleh didapati di iHerb dan disyorkan antarabangsa namun setakat ini tiada kelulusan dari KKM mahupun Bahagian Regulatori Farmasi Negara Malaysia.


10. USANA Probiotic

Produk USANA ini membantu membawa keseimbangan pada perut anda dan membantu mengekalkan usus yang sihat.

Jenama ini tersenarai di antara jenama probiotik yang bagus untuk kesihatan anda.

Probiotik Plus USANA mengandungi Bifidobacterium, BB-12® dan Lactobacillus rhamnosus GG, LGG®, strain yang paling baik didokumentasikan untuk bertahan dalam transit melalui persekitaran perut yang keras dan berasid untuk menjajah usus.

Makanan tambahan Probiotic Plus USANA menyokong kesihatan pencernaan dengan gabungan probiotik unik yang membawa keseimbangan pada perut anda.

Jadi, daripada 10 cadangan untuk suplemen probiotik dan prebiotik, yang mana sesuai untuk anda atau ahli keluarga yang lain?

Jika ada perkara lain, beritahu kami, atau tulis pengalaman anda dalam Ulasan Radarpena.

Originally posted 2022-08-27 05:58:23.

Leave a Comment

Artikel Terkait