Harga & Kebaikan Susu Fernleaf Malaysia Terkini!

Admin Radarpena February 22, 2024

Minum susu memang baik untuk kesihatan semua. Sebab itu, kita sebagai ibu & ayah patut menghidupkan tabiat minum susu di rumah.

Salah satu jenama susu tepung terbaik di pasaran Malaysia ialah dari jenama Fernlead.

Dengan minum susu ini, ia dapat mengembalikan tabiat yang baik dalam rumah sekaligus menjaga kesihatan badan dengan lebih sempurna.

Susu Fernleaf diperbuat dari New Zealand yang dihasilkan dari lembu sihat yang makan rumput segar di padang New Zealand sepanjang tahun.

Di samping itu, Syarikat Fonterra juga mempunyai piawaian keselamatan makanan yang berkualiti tinggi bagi menghasilkan susu Fernleaf full cream ini.

Bagi membantu anda, di sini kami senaraikan Harga, jenis-jenis susu Fernleaf yang sesuai untuk anak dan seisi keluarga.

Harga Susu Fernleaf Malaysia

Jenis Susu FernleafHarga Susu Fernleaf
Harga Susu Fernleaf 4 – 6 years Plain 900gRM23.00
Harga Susu Fernleaf 1 – 3 years Plain 900gRM23.00
Susu Fernleaf CalciYum Powder Melting Chocolate 900gRM21.99
Harga Susu Fernleaf Full Cream Regular 1.8kgRM47.99
Harga Susu Fernleaf Family 1.8kgRM40.85
Harga Susu Fernleaf 1 – 3 years Honey 900gRM23.00
Harga Susu Fernleaf CalciYum Powder Creamy Vanilla 900gRM22.00
Harga Susu Fernleaf Family 900gRM22.60
Harga Susu Fernleaf Full Cream Regular 900gRM25.49
Harga Susu Fernleaf Family 550GRM13.53
Harga Susu Fernleaf 4 – 6 years Chocolate 900gRM23.65
Harga Susu Fernleaf 4 – 6 years Honey 900gRM23.65
Harga Susu Fernleaf Family Nutritious Milk Powder 1.8kgRM40.49
Harga Susu Fernleaf Instant 1.1kgRM27.90
Harga Susu Fernleaf Family Nutritious Milk Powder 900gRM21.40
Harga Susu Fernleaf Full Cream 900gRM26.97
Harga Susu Fernleaf Calciyum Creamy Vanila 900gRM21.99
Harga Susu Fernleaf Calciyum Melting Chocolate 900gRM21.99
Harga Susu Fernleaf Full Cream Milk Powder 1.8kgRM42.89
Harga Susu Fernleaf Full Cream UHT Milk 4 x 200ml x 6RM32.40
Harga Susu Fernleaf Chocolate UHT Milk 4 x 200ml x 6RM32.40

NOTA : Untuk harga di atas, kami dapat dari sumber yang dipercayai dan perubahan harga juga boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.


Jenis Susu Fernleaf Yang Terbaik

1. Susu Formula UHT Fernleaf

Susu ini mendapat Ultra High Temperature (UHT) untuk mematikan risiko pencemaran daripada bakteria berbahaya serta seluruh keluarga boleh mendapat manfaat daripadanya seperti Protein, Calsium, Vitamin A, B, C dan D.

Susu formula UHT Fernleaf ini didatangkan dengan tiga pek berbeza iaitu susu penuh krim, coklat dan rendah lemak.

Ia diperbuat dengan 100% susu lembu new zealand & akan membekalkan kita sekeluarga dengan khasiat yang diperlukan badan seperti

  • Protein
  • Kalsium
  • Vitamin A, B , C dan D.

Syarikat Fonterra mempercayai kualiti produk tenusu yang dikeluarkan mereka antara yang terbaik di dunia. 

Tak hairanlah kerana mereka adalah antara peneraju bidang tenusu di New Zealand berdekad lamanya.

Susu tepung UHT Fernleaf mempunyai saiz pek yang tersedia:

  • Susu UHT Penuh Krim : 200ml, 1 Liter
  • Susu UHT Coklat : 200ml, 1 Liter
  • Susu UHT Rendah Lemak : 1 Liter

Jom Baca : TOP 10 Senarai Susu Tanpa Laktosa Untuk Bayi Terbaik

2. Susu Fernleaf 1-3 Tahun

Susu ini dirumus khusus untuk kanak-kanak yang dihasilkan dari dua formulasi berbeza iaitu bagi kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun dan 4 hingga 6 tahun.

Kandungan nutrisi di dalamnnya seperti DHA, Vitamin A dan jg Vitamin C.

Kebaikan Susu Fernleaf 1-3 Tahun?

Kedua dua produk ini mengandungi nutrisi yang didambakan badan anak anak kita seperti DHA, vitamin A & C.

Pilihan susu formula fernleaf 123 untuk kanak kanak dari Fernleaf ini tersedia dalam saiz pek berikut:

NoSusu Fernleaf 1 Hingga 3 TahunSusu Fernleaf 3 Hingga 6 Tahun
1Asli : 300g, 550g, 900gAsli : 550g, 900g
2Madu : 300g, 550g, 900gMadu : 900g
3Coklat : 900g

NOTA : Ada ibu bapa yang tersalah faham tentang susu pebuh krim & susu anak berusia 1 ke 3 tahun. Susu yang berbeza tu. Tak ada susu fernleaf 1-3 tahun full cream.

3. Susu Fernleaf Calciyum

Bagi anak anak yang sedang membesar, mereka memerlukan diet yang tinggi kalsium untuk membesar dengan aktif & tinggi.

Kita boleh sajikan anak anak kita dengan minuman enak berperisa vanila & coklat sebagai susu tepung bernutrisi Fernleaf CalciYum.

Apatah lagi, kebaikan susu fernleaf calciyum ini mengandungi Phocuslipids dan kaya dengan mineral seperti kalsium dan zink.

Setiap cawan susu berkrim yang lazat ini mengandungi 6 nutrien utama sebagai persediaan untuk hari mereka yang penuh tenaga.

Anda boleh berikan susu ini pada anak semasa waktu sarapan pagi setiap hari.

Susu fernleaf calciyum sesuai untuk umur berapa? Susu fernleaf calciyum sesuai untuk anak umur 3-7 tahun.

Jom Baca : Jenama Biskut di Malaysia Selamat di Makan Paling Terkenal!

4. Susu Fernleaf Full Cream

Susu dari fernleaf yang lazat lagi berkrim ini juga dihasilkan dari 100% susu dari New Zealand. 

Khasiat susu fernleaf full cream memang tak dapat disangkal, rumusan ini mengandungi khasiat seperti vitamin A, B2 dan B12 untuk dinikmati seisi keluarga.

Produk susu weight gain terbaik malaysia ini boleh dipilih dari saiz pek seperti:

  • Susu tepung penuh krim : 300g, 550g, 900g, 1.8kg
  • Susu tepung segera : 550g, 1.1kg

NOTA : Susu ni lebih sesuai untuk remaja & ke atas saja. Sebab itu, sekali lagi nak ditekankan, memang tak ada susu fernleaf full cream untuk bayi. Kalau anda nak berikan susu formula untuk anak kecil, Syarikat Fonterra ada mengeluarkan produk Anmum Essential. Yang ini baru sesuai untuk usia tersebut.

Kebaikan susu fernleaf full cream untuk dewasa yang paling Ibu suka susu ialah kerana perisa asli tanpa gula tambahan. Kurang manislah untuk anak badan.

5. Susu Fernleaf Family

Kelebihan susu fernleaf family ini adalah terdapat khasiat penting di dalamnya iaitu Vitamin A, C, D B1, B2, B3 dan B12.

Dengan minum susu ini maka satu keluarga dapat menyediakan nutrien yang penting kepada tubuh yang lebih sihat.

Ia juga mempunyai pilihan pek dalam saiz berikut:

  • 175g
  • 550g
  • 900g
  • 1.8kg

6. Susu Fernleaf Instant

Susu ini kurang kandungan lemak (Lebih kurang 32% kurang lemak daripada susu formula penuh krim).

Apa yang best tentang Fernleaf instant ini adalah ia tidak mempunyai gula tambahan yang tidak baik untuk kesihatan badan.

Selain turut mempunyai vitamin dan mineral yang penting untuk membantu keluarga lebih aktif dan ceria.


Kebaikan Susu Fernleaf

Sekarang tiba masanya untuk kita bincangkan kelebihan yang diperolehi dengan mengamalkan susu ini.

  1. Harga susu yang mampu milik bagi semua lapisan masyarakat.
  2. Mudah didapati pada semua kedai runcit, pasaraya mini, pasaraya besar dan lain-lain.
  3. Boleh didapati dalam pelbagai pek kecil atau besar.
  4. Satu keluarga boleh minum susu Fernleaf bermula dari anak berusia setahun sampai umur orang tua.

Cara Membancuh Susu Tepung Fernleaf

Disebabkan susu mengandungi banyak nutrien yang sensitif terhadap suhu tinggi, cara membancuh yang betul sangat penting. 

Insyaallah, dengan cara berikut khasiat yang ada di dalamnya tidak akan musnah dengan air panas.

  1. Baca label di bungkusan susu fernleaf untuk sukatan air & susu yang tepat.
  2. Tuangkan air panas ke dalam cawan sehingga separuh, dan tambahkan air sejuk sehingga suhu air menjadi suam.
  3. Masukkan sukatan susu yang disarankan di plastik susu.
  4. Kacau sehingga sebati, dan susu sedia diminum.
  5. Elakkan menambah minuman & makanan berkafein semasa minum susu kerana ia menjejaskan penghadaman.

Walau bagaimanapun, pastikan susu yang diberikan pada anak adalah sesuai mengikut masalah kesihatan yang dihadapi supaya dapat menghindari gejala yang tidak baik.

Sekiranya terdapat masalah tertentu, bincang dengan doktor dalam kadar segera supaya anda tahu jenis susu yang sesuai dengan kesihatan anak.


Sample Percuma Susu Fernleaf

Free sample susu fernleaf, bagaimana cara memperolehinya?

Ibu dah cari di internet, nampaknya sampel susu dari fernleaf memang tak ada. Mungkin Ibu yang tak jumpa.

Cuma setakat ini memang tak ada.

Insyaallah kalau ada caranya, Ibu akan kongsikan dengan segera di sini.

Alhamdulillah, kita dah sampai ke hujung perkongsian. Ibu harap, hati mak ayah makin yakin lepas baca artikel ni.

Jika anda merupakan pengguna susu formula Fernleaf ini kongsikan pengalaman anda di ruangan komen bawah.

Originally posted 2022-08-18 23:43:11.

Leave a Comment

Artikel Terkait