8 Novel Terbaik Malaysia, Wajib Cuba Baca!

Admin Radarpena February 1, 2023

Bagi mereka yang bosan dengan novel dengan genre percintaan, kesusasteraan fiksyen berikut oleh penulis Asia Tenggara boleh menjadi alternatif kepada bacaan baru. 

Lengkap dengan cerita yang penuh ketegangan dan menyeronokkan.

Berikut adalah lapan novel melayu terbaik dengan genre thriller dan seram yang dijamin dapat memperkayakan cakrawala anda. Mari kita ambil nota. 

1. Perang-perang dalam Islam karya Abdul Latip

Dalam Islam, perang tidak dimulakan hanya kerana mahu menunjukkan kegagahan, tidak dimulakan hanya kerana mahu mengaut keuntungan dan tidak dimulakan kerana mahu membalas dendam.

Perang adalah suci, dan perang bermula pada ketika mahu mempertahankan akidah, kerana mahu menegakkan kalimah Allah, dan kerana mahu memenangkan yang benar.

Inilah novel yang menghimpunkan antara kisah-kisah perang terawal dalam sejarah Islam.

Perang yang tidak dimulakan atas sebab palsu dunia, tetapi dimulakan atas sebab-sebab yang benar.

Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar adalah Perang-Perang yang Benar

Novel dewa perang terbaik ini dijual pada harga RM11.40 – RM33.50

Jom Baca : Senarai Alat Tulis Sekolah & Pejabat Yang Tak Bole diLupa!

2. PEMBURU KARYA HILAL ASYRAF

Demi memelihara kemakmuran sebuah negara bernama Malaysia, Bakri dan Mustafa terpaksa melalui cabaran yang hebat.

Bakri membesar tidak seperti remaja lain malah terpaksa melalui pembedahan yang mengorbankan masa depannya.

Mustafa pula terpaksa hidup bersama kisah lampau yang hitam tetapi itu dijadikan kekuatan untuk berdepan dengan musuhnya.

Anak dan bapa ini mempunyai misi untuk menumbangkan sebuah organisasi rahsia yang dinamakan sebagai Kesatuan Pemburu.

Novel wattpad terbaik ini dijual pada harga RM30.00

3. Platun Harimau karya Mohd Radzi Abdul Hamid

Belatar belakangkan tahun 80-an.

Sewaktu itu saki baki Komunis masih ada lagi.

Pasukan tentera masih terpaksa berhadapan dengan mereka.

Novel perang. Hutang darah dibayar darah!!

Kumpulan komunis berjaya membunuh 16 anggota pasukan tentera, ini membuatkan pasukan tentera berjanji akan menangkap anggota komunis yang bermaharajalela.

Usaha mereka tercapai dengan kerjasama pasukan yang amat digeruni Platun Harimau yang terkenal dengan kejayaan mereka.

Pasukan yang berani.

Buku yang menarik, disediakan istilah-istilah ketenteraan, cara menjawab walkie talkie, cara pasukan berperang, bagaimana mereka menanda satu-satu kawasan.

Terasa seperti kita sama-sama berperang. Seram, takut, bimbang, ngeri, simpati dan sedih silih berganti.

Novel dewa perang terbaik ini dijual pada harga RM18.00

Jom Baca : 10 Pensil Warna Terbaik untuk Kanak-kanak, Baik dan Selamat!

4. MANUSCRIPT KARYA SAIDEE NOR AZAM

Bagi seorang yang bergelar penulis, masalah yang paling ditakuti adalah ‘writers block’.

Iman Zaman semakin tertekan kerana sudah kekeringan ilham untuk mengarang cerita seram.

Ketua editor syarikat penerbitan terkenal kerap kali menghubungi Iman dan bertanya tentang manuskrip baru.

Di tambah lagi dengan sikap isterinya Diana yang semakin dingin.

Pelbagai masalah yang muncul, tetapi Iman cuba mengelakkan diri dari prasangka buruk, dia tidak mahu penyakit skizonya muncul kembali.

Iman membuat keputusan untuk tinggal disebuah banglo mengharapkan ‘writers block’ dapat diatasi.

Namun sebaliknya terlalu banyak misteri yang terpaksa Iman lalui di situ.

Apa yang menyebabkan Iman ketagihan air roselle dan siapa lelaki yang selalu menghantui hidupnya?

Siapa sebenarnya Faten Suhanna dan mampukah Iman menyiapkan manuskrip terbarunya?

Novel seram terbaik ini dijual pada harga RM23.00

5. JERITAN PUAKA Karya NINIE OTHMAN


Ia mengisahkan sekumpulan remaja yang ingin menerokai alam mistik untuk melihat entiti dengan lebih dekat.

Mereka teringin melihat mahkluk halus dengan lebih dekat tanpa menyedari ia mungkin mengundang risiko yang membahaya kepada mereka.

Sikap teruja mahu melihat sendiri dunia syaitan yang penuh kejahatan akhirnya membawa malapetaka kepada diri mereka.

Disaat hijab mata terkunci kemas, mereka menempah musibah dengan membiarkan terbuka luas sehingga memakan diri mereka sendiri.

Mereka tidak mampu berpatah balik, mereka harus teruskan disitulah
mereka berhadapan dengan mahkluk-mahkluk halus.

Namun disebalik misteri yang menyelubungi, terbongkar kes pemujaan amalan syirik, yang dilakukan oleh salah seorang penduduka kampung, yang menyebabkan entiti tu menganggu.

Novel seram terbaik ini dijual pada harga RM28.00

6. Code Name Shark karya Sara Aisha

Objektif: Menggagalkan rancangan gila Pharma Art untuk menghasilkan senjata biologi paling berbahaya di dunia

Misi: Menjejaki dan melindungi orang yang menyimpan rahsia formulasi terakhir Blue Anthrax

Dia ialah wanita berbahaya. Dia ialah wanita yang dikatakan sudah mati.

Namun, kemunculannya secara tiba-tiba di Kota Semporna telah menggegarkan segala-galanya.

Masa semakin suntuk. Shark semakin terdesak. Dia perlu membawa Indira pulang ke ibu pejabat secepat mungkin!

Malangnya, dia tersilap perkiraan. Indira jatuh ke tangan lelaki itu. Kini, terpulang kepada dia untuk menyelamatkan Indira dan menamatkan semuanya hingga ke kata noktah.

Novel thriller melayu terbaik ini dijual pada harga RM38.50

7. We, The Survivors oleh Tash Aw

Ah Hock merupakan seorang pemuda tanpa pendidikan tinggi yang dilahirkan di sebuah perkampungan nelayan.

Dia berhijrah ke bandar untuk mencari nafkah yang lebih baik.

Ternyata, pilihan tetap terhad. Dia mendarat dalam pekerjaan bergaji rendah.

Cita-citanya yang kuat untuk dapat bergerak sekurang-kurangnya menjadi warganegara kelas menengah, sebenarnya membuatnya terdesak untuk membunuh seorang pekerja asing dari Bangladesh.

Novel ini bukanlah genre penyiasatan atau thriller, sebaliknya penerokaan ketidaksamaan sosial dan ekonomi di Malaysia dan Asia Tenggara secara amnya.

Novel terbaik ini dijual pada harga RM52.50

8. JANGAN BACA NOVEL NI Karya ISMI FA ISMAIL

Novel ini bercerita tentang kisah Munir.

Dia kebetulan bertemu dengan seorang budak lelaki bernama Adib.

Apa yang peliknya, Adib tidak pernah lupa membawa sebuah novel berkulit hitam yang usang.

Anehnya novel itu tidak ada tajuk. Jeng! Jeng! Jeng!

Pergh terasa kemisterian and keseraman novel ini.

Munir punya rasa ingin tahu terus membuak-buak dan akhirnya dia dapat baca novel Adib ni.

Novel seram terbaik ini dijual pada harga RM46.70

Leave a Comment

Artikel Terkait