[Berjaya] Cara Tebus Data Internet Percuma Semua Telco

Murshid Khalysha

Selain penambahan kredit RM50, kerajaan juga mengumumkan pemberian bantuan Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari berikut ulasannya.

Apa Itu Internet Percuma ?

  1. Memandangkan ramai rakyat Malaysia masih bekerja dan belajar dari rumah, dan selaras dengan rancangan pemulihan jangka pendek kerajaan, pembekal perkhidmatan mudah alih seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Unifi Mobile akan terus menyokong keperluan pekerjaan dan pembelajaran Rakyat melalui tawaran 1GB data Internet percuma
  2. Pelanggan aktif boleh menikmati tawaran sehingga 31 Disember 2022 untuk 24 jam, tertakluk kepada ketersediaan teknikal pembekal perkhidmatan masing-masing
  3. Penggunaan untuk tujuan pembelajaran dan maklumat terkini akan menggunakan 1GB data Internet percuma terlebih dahulu dan Setelah kuota percuma tersebut habis digunakan, sebarang penggunaan data tambahan akan mengguna pakai kuota pelan data langganan sedia ada

JOMBACA:


Siapa Penerima Internet Percuma ?

  1. Semua pelanggan pascabayar dan prabayar aktif Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Unifi Mobile akan menikmati tawaran ini daripada pembekal perkhidmatan masing-masing, melainkan mereka yang melanggan pelan data tanpa had, gentian optik dan pelan perkhidmatan jalur lebar kediaman tanpa wayar (home wireless)
  2. Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk menyemak kelayakan mereka bagi tawaran ini

Bagaimana Saya Boleh Menerima Data Internet Percuma ?

Berikut dikongsikan permohonan internet percuma cara-cara tebus / claim internet percuma untuk pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, dan TM Unifi.

Cara Tebus Data Internet Percuma U Mobile

Pascabayar & Prabayar : Daftar Sekali Sahaja & Automatik Terima Setiap Hari

Bagi pelanggan U Mobile, data percuma akan akan diberikan secara automatik dan tidak perlu dimohon setiap hari. Namun pelanggan perlu menebus sekali sahaja dengan mendail:

  • *118*6*7# untuk pengguna prabayar
  • *118*7*6# untuk pengguna pascabayar

Walau bagaimanapun ia terhad kepada pengguna plan pascabayar, prabayar dan broadband sahaja. Bagi pelanggan WeChat Go, anda tidak layak menerima data percuma daripada kerajaan ini

Tips Lain : Cara Check Baki UMobile (Check Balance, Kredit & Data Internet)

Cara Tebus Data Internet Percuma Celcom, XPAX & YOODO

Pascabayar & Prabayar : Menerusi Aplikasi (Tebusan Bulanan) 

Terkini, tebusan bulanan diperlukan melalui MyDeal di aplikasi Celcom Life

Sebelum ini, bagi pelanggan Celcom iaitu pelan pascabayar dan XPAX (prabayar) serta Yoodo, pemberian data 1GB adalah secara automatik tanpa perlu memuat turun aplikasi ataupun SMS

Cara Tebus Data Internet Percuma Maxis & Hotlink

Pascabayar & Prabayar : Menerusi Aplikasi / Telefon (Perlu ditebus setiap hari)

Untuk pelanggan Maxis dan Hotlink pula, anda boleh menebus data internet 1GB percuma menerusi aplikasi rasmi Maxis/ Hotlink

  • Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi  tab ‘Shop’
  • Aplikasi Hotlink Flex > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass

Selain itu, boleh juga tebus  1GB percuma dengan menelefon *100# bagi Maxis atau *868# bagi Hotlink

Cara Tebus Data Internet Percuma Unifi Mobile

Pascabayar & Prabayar : Automatik

Bagi pelanggan Unifi mobile, pemberian data 1GB adalah secara automatik tanpa perlu memuat turun aplikasi ataupun SMS.

Bagi langganan baru, pas ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan. Manakala, pelanggan sedia ada pula, ia akan ditunjukkan dalam akaun terkini

Cara Tebus Data Internet Percuma Onexox

Pascabayar & Prabayar : Menerusi Aplikasi / Telefon

Bagi pelanggan ONEXOX, pemberian data 1GB boleh ditebus menerusi aplikasi ONEXOX Black atau dail *150#

Sebarang maklumat tambahan akan dikemasikini dari semasa ke semasa. Pemberian internet 1GB adalah tertakluk pada syarat syarikat telekomunikasi masing-masing.

Tips Lain : Cara Langgan Internet XOX Prepaid Harga Murah

Cara Tebus Data Internet Percuma Digi

Pascabayar & Prabayar : Menerusi Aplikasi / Telefon

Bagi pelanggan Digi, anda boleh menebus data 1GB percuma menerusi aplikasi MyDigi. Penebusan perlu dibuat sekali sahaja dan data percuma akan diberikan setiap hari.

  • Pascabayar: penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi>Rewards
  • Prabayar : penebusan boleh dibuat dengan mendial *128#

Tips Lain : Cara Setting Digi APN Paling Laju 3G/4G/5G [Berjaya]

Cara Tebus Data Internet Percuma Tunetalk

Pascabayar & Prabayar : Daftar Sekali Sahaja & Automatik Terima Setiap Hari

Untuk pelanggan Tunetalk, penebusan perlu dibuat sekali sahaja dan data internet percuma akan diterima setiap hari

  • Akaun perlu aktif (Tambah nilai & dapatkan kredit tambahan sebanyak 20%)
  • SMS STAYHOME dan hantar ke talian 2222
  • Notifikasi akan dihantar untuk setiap pengaktifan yang berjaya

Aplikasi Tidak Boleh Digunakan bagi Data 1GB Percuma

Media SosialPermainan VideoPenstriman VideoPenstriman Muzik
BigoKing of DutyNetflixYoutube Music
FacebookLagend of RuneterraTiktokApple Music
InstagramLife AfterViuJoox
TumblrArena of ValorTiktokShazam
TwitterCall of DutyFB LiveSpotify
WeChatFree FireIGTVSYOK
YYLords MobileJooxQQ Music
SnapchatMobile LagendsViuSmule
TelegramPUBG MobileYoutubeSound Cloud
TiktokRise of KingdomsYYSmule

Untuk panduan lanjut sila rujuk syarikat telekomunikasi masing-masing di aplikasi atau laman web rasmi mereka untuk penjelasan yang lebih terperinci, terimakasih.

Informasi Lain Seputar Aircond, bisa korang dapatkan pada web aircond terbaik di aircondku.com, semoga bermanfaat.

Originally posted 2022-04-10 06:27:15.

Baca Pula

Tags

Leave a Comment